I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 28 Julai 2008

PENGERTIAN D A J J A L - menurut kajian Islam (Part 2)

Surah Al-Kahfi, Ayat 1

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Qur'an, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).

Surah Al-Kahfi, Ayat 2

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Qur'an untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Surah Al-Kahfi, Ayat 3

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

Surah Al-Kahfi, Ayat 4

Dan juga Al-Qur'an itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: "Allah mempunyai anak".

Surah Al-Kahfi, Ayat 5

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

Surah Al-Kahfi, Ayat 6

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Qur'an ini.

Surah Al-Kahfi, Ayat 7

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Surah Al-Kahfi, Ayat 8

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

Surah Al-Kahfi, Ayat 9

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

Surah Al-Kahfi, Ayat 10

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".


Hadith2 mengenai Dajjal (AntiChrist)

* Daripada Umar r.a. berkata, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal. Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu semua bahawa Tuhan itu tidaklah bermata sebelah. Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak dapat digunakan untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

* Dajjal pembawa fitnah;-
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal.”;- (Riwayat Muslim).

* Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan tipudaya Dajjal;-
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah s.a.w) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga ummat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi s.a.w., bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong kamu sekalian";- (Riwayat Ibnu Majah).

* Dajjal membawa api dan air;-
Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman;- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

* Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka;-
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.

* Dajjal membawa sungai air dan sungai api;-
Daripada Abu Hudzaifah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu kerana itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak;- (Riwayat Muslim).

* Dajjal membunuh orang kemudian menghidupkan kembali;-
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. berkata, :
Pada suatu hari Rasulullah menceritakan kepada kami tentang Dajjal dalam suatu cerita panjang, di antaranya baginda menceritakan:

"Dajjal itu nanti akan datang, dan dia terhalang untuk melalui jalan-jalan masuk kota Madinah. Maka sampailah Dajjal itu ke sebuah kebun dekat pinggir kota Madinah. Di hari itu datang kepadanya seorang laki-laki yang sangat lawa. Laki-laki tadi mengucapkan: "Saya mengakui bahawa engkau ini adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami." Dajjal berkata (kepada pengikutnya): "Bagaimana pendapat kamu, kalau saya membunuh orang ini, kemudian saya hidupkan kembali, adakah kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaanku?" Pengikut-pengikutnya menjawab: "Tidak ragu-ragu!" Lalu Dajjal membunuh laki-laki tadi, kemudian dihidupkan kembali. Ketika laki-laki itu telah hidup kembali, dia mengucapkan (kepada Dajjal): "Demi Allah! Sekarang, saya lebih mengerti tentang engkau (seorang Dajjal)" Lalu Dajjal hendak membunuhnya sekali lagi, tapi Dajjal tidak sanggup melaksanakannya.”;- (Riwayat Muslim).

* Dajjal tidak masuk kota Makkah dan Madinah;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Setiap negeri (nanti) akan diinjak oleh Dajjal, selain Makkah dan Madinah. Setiap jalan masuk ke sana, dikawal oleh malaikat yang berbaris. Maka sampailah Dajjal ke sebuah kebun (di pinggir Madinah) dan terjadilah tiga 3 kali gempa bumi di Madinah, lalu setiap orang kafir dan munafik keluar dari Madinah menuju kebun tadi;- (Riwayat Muslim).




Semua informasi akan dikemaskini dengan maklumat terbaru dan juga maklumat dari teman blogers.

KEMPEN : BOYCOTT ISRAEL( Part 2)



PEDULIKAH ANDA..! ! !


KEMPEN KEPADA PENGGUNA:


SEDARLAH WAHAI UMAT MANUSIA.....

TERUTAMA UMAT ISLAM .......

KEKEJAMAN AKAN TERUS BERLAKU TANPA HENTI.......

KITA SEMUA BOLEH MENYEKAT MEREKA INI....

SEGERALAH...IKUTI KEMPEM INI.....JANGAN JEMU......TERUSKAN.....

SEMOGA DENGAN NIAT KITA ...TUHAN AKAN MEMBERKATI ....

SEBARKAN PADA SEMUA TENTANG KEMPEN KEMANUSIAAN INI



BOYCOTT BRAND DAN LABEL ini.
DENGAN MEMBELI BRAND ATAU LABEL INI ANDA MENABUNG UNTUK ISRAEL-ZIONIST BAGI MEMBUNUH RAKYAT PALESTINE.



















































































Marilah kita BOYCOTT produk Israel-zionist dan Amerika zionist ini, dan tunjukkan kepada dunia apa yang mampu kita laksanakan.


WALAUPUN kebanyakkan produk ini sudah menjadi pilihan kita selama ini, cubalah semampunya untuk tidak memilihnya.


Berikrar dalam hati:

" Hari ini tiada lagi produk Israel dan sekutunya ini dalam genggamanku DAN tidak juga sebagai pilihanku ".



Semua informasi dalam blogs ini akan dikemaskinikan dengan maklumat terkini, juga dari maklumat dari teman blogers.