I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 14 Ogos 2008

PERPECAHAN UMAT ISLAM ( MELAYU );PART 2



PERPECAHAN MELAYU: MAJORITINYA SEMUA BERAGAMA ISLAM.


Dari perpecahan umat Islam, juga melibatkan kaum Melayu, dapat di lihat kaum Melayu kian lemah berpecah belah kerana masing-masing menyokong parti yang berlainan ideologi UMNO, PAS dan PKR.


Seperti yang di katakan pada awal tadi perpecahan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan umat Islam(melayu), amat terkait dengan sikap taksub dan fanatik terhadap satu pendapat atau parti lalu cuba memonopoli pendapatnya agar semua mengikutinya tanpa menghormati pandangan orang lain. Bak kata, “kita saja betul orang lain salah”.


Sama seperti perpecahan umat Islam dunia, terdapat musuh Islam yang giat menjalankan aktiviti dalam memporak peranda perpaduan orang Melayu di Malaysia. Kelemahan orang Melayu yang majoriti rakyat Malaysia ini diambil kesempatan oleh mereka dalam merealisasikan agenda mereka.



Manakala kaum Melayu dengan konflik perpecahannya, kaum lain mengambil kesempatan merapatkan barisan kaum mereka, demi mendapatkan hak-hak sama rata yang mereka impikan. Pengundi China yang mengundi kerajaan beralih ke pembangkang.
Bertambah malang lagi, generasi muda Melayu yang marahkan kerajaan juga memilih pembangkang.


Akibat daripada perpecahan orang Melayu, kesannya, Kekalahan 5 kawasan pada pembangkang pada PRU12 yang lepas menampakkan kerajaan yang makin lemah, jadi hasrat untuk melindungi hak-hak orang Melayu pun boleh ditolak begitu mudah.

Adalah malang jika bukan Melayu dapat merealisasikan matlamat mereka dengan sokongan Pas dan PKR.


Jika tiada penyatuan Melayu propembangkang dan Melayu prokerajaan, ini memudahkan kuasa ketuanan Melayu dikoyak-rabak dan dihakis oleh bukan Melayu.


Dalam hal ini, Melayu propembangkang rata-rata tidak dapat menerima kelemahan DSAAB.

Siapa yang perlu berkompromi propembangkang atau DSAAB ?. Seperti saranan TUN amatlah tepat dan sesuai dengan hujahnya bahawa DSAAB harus berkorban demi kepentingan orang
Melayu keseluruhannya.


Perlu diingat wujud satu trend baru untuk merombak ketuanan Melayu dengan terancang melalui gerakan politik pilihan raya.



Belum setahun kita sudah sakit mata, telinga dan hati melihat apa yang sedang dilakukan oleh Pakatan Rakyat: PAS, PKR danDAP.



1) DAP melalui PR telah memansuhkan DEB di Pulau Pinang.

Bapa dan anak gembira DEB berjaya dihapuskan.

2) Menteri Besar Perak(PAS) memberikan geran hak milik tanah kampong baru China ke 999 tahun. Dalangnya pasti DAP kerana mereka menang majoriti di Perak berbanding PAS dan PKR. Diperkirakan dari segi jumlah kerusi DAP layak melantik MB dari parti mereka.



3) Menteri Besar Selangor (PKR) memainkan isu sensitive Melayu dengan kemasukan 10% bukan Melayu ke UITM. Isu ini nampak jelas berbau politik, untuk mendapatkan pengaruh bukan Melayu iaitu Kaum China dan India. Perjuangan ini sudah jelas adalah perjuangan DAP sejak dari awal penubuhannya selepas PAP-Singapore.



Dimanakan pendirian pemimpin Melayu dari PR, ANWAR IBRAHIM, NIK AZIZ, ABDUL HADI, WAN AZIZAH, dan lain pemimpin pembangkang Melayu yang lantang bersuara sebelum ini.



APAKAH KALIAN DI KUASAI DAP.????


APAKAH KALIAN RELA MELIHAT MELAYU DI JAJAH LAGI.????






Teresa Kok dengan memakai topi DAP,
meraikan kemenangan Pakatan Rakyat(PR)




Orang Melayu harus sedar kepimpinan Melayu boleh ditukar jika diperintah pembangkang dari gabungan DAP.

Jikalau perkara ini tidak disedari oleh orang Melayu dan masih menyokong pembangkang dari pakatan DAP, kita akan lihat orang Melayu akan hilang kuasa dan ketuanan Melayu akan hancur apabila politik negara dikuasai pembangkang yang ideologi perjuangannya jauh daripada agenda bangsa, agama dan negara.

Orang Melayu sudah diketepikan di kawasan yang dikuasai oleh pembangkang yang melaksanakan bentuk diskriminasi baru. Tanah peribumi yang dipijak sudah hampir menjadi milik orang......


YA ALLAH , YA RAHMAN , YA RAHIM,

AKU MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH,

dengan kalimah: “LAILA HA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULLULLAH“

BUKALAH PINTU HATI PEMIMPIN-PEMIMPIN KU dari
PAS, UMNO & UMAT ISLAM SELURUHNYA AGAR
KEMBALI KEPADA AL-QURAN & SUNNAH ,
JGN KORBANKAN BANGSA & AGAMA
KERANA PERBEZAAN PENDAPAT DAN IDEOLOGI.
BERSATULAH DIBAWAH AQIDAH ISLAM
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
MALAYSIA TERCINTA.

AMIEN.



HARUSKAH MELAYU TERUS DI PERMAINKAN DAP ???????
APA SEBENARNYA PERJUANGAN PR??


PEDULIKAN ANDA…..!!!!




Komentar dari bloger amat di alukan dalam hal ini.....!!!

1 ulasan:

my berkata...

Salam,

Sebenarnya yang menjadi ketua didalam PR adalah DAP...semua kehendak mereka PAS dan PKR ikuti..kehendak PAS? dibuang kedalam tong sampah...diingatkan juga..DAP adalah anti-Islam..mereka menggunakan majlis peguam untuk menonjolkan Islam itu tidak baik!..saya ada buat penulisan tentang majlis peguam sebenarnya adalah proksi kepada DAP yang anti islam disni..semua nya termasuk fakta dan bukti...

Sila baca dan fahami..dan beringatlah...