SALAM NASIHAT UNTUK NAJIB:
Artikel ini di tulis khusus untuk TPM, DS Najib yang merangkap Menteri Kewangan Malaysia dan semua rakyat Malaysia yang peduli.
Memandangkan kita semua rakyat Malaysia akan terkait sedikit sebanyak dengan krisis dunia kini, mungkin dalam waktu terdekat atau panjang, allahualam. Satu pendekatan dan pengajaran harus kita ambil terhadap apa yang sedang di alami oleh gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika.
Bayangkan jika kita mengalami nasib yang sama, sudah pasti kita teheret ke IMF yang “membantu sambil membunuh“ rakyat dan negara kita. Dari mana kita akan memperolehi wang untuk menyelesaiakan krisis ekonami, kalau tidak dari IMF dan Bank Dunia.
Apa akan terjadi kepada Negara selepasnya.? Pasti kita rakyat menderita, negara terjual kepada pengaruh luar.
Kepada pembaca yang mempunyai saranan-saranan sila comen di artikel ini untuk kita kongsi bersama dalam membantu kerajaan menguatkan ekonomi negara.
Mengikut pakar pakar ekonomi bebas, krisis ekonomi yang di alami Amerika di sebabkan oleh pengurusan ekonomi yang teruk...!!!
Kadar pengangguran yang meningkat tinggi., kerana produk Amerika tidak mempunyai daya saing akibat dari kurangnya inovasi pada produk Amerika berbanding produk luar negara.
Kadar Inflasi juga meningkat tinggi akibat budget defisit. Dasar kerajaan menggurangkan kadar pinjaman persekutuan mengakibatkan jatuhnya kadar tukaran dollar. Mengakibatkan nilai import menjadi tinggi, juga menyumbang kepada kenaikkan kadar inflasi.
Kenaikan harga minyak disebabkan oleh perang Iraq yang telah menurunkan pengeluaran minyak iraq sebanyak 3 juta tong sehari. Pengurangan produksi minyak dan kejatuhan dollar mengakibatkan harga minyak yang meningkat tinggi dan akibat dari ini harga barangan pengguna juga meningkat dengan begitu tinggi memangkinkan kenaikan kadar inflasi yang tinggi.
Kadar inflasi yang tinggi bermaksud, pengurangan kuasa pembeli rakyat dari pendapatan mereka: Pengangguran bermaksud kehilangan pendapatan pada rakyat.
Kadar Inflasi dan Penganguran ini memberi kesan kepada ”ekonomi forcasting”. Hal ini memberikan indikasi kurang keyakinan kepada pelabur, dan kesannya mengurangkan pelaburan dalam Negara.
Jika di lihat dan di kaji, semuanya berkenaan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.
Pekerjaan dan peluang pekerjaan, wang persaran dan simpanan persaraan, kemudahan-kemudahan rakyat seperti kesihatan dan pelajaran bersama jaminannya.
Ini bukan sahaja penting kepada keselamatan dan kestabilan Negara, tapi juga merupakan sumbangan penting kepada rakyat dan masa depan negara.
KEPENTINGAN RAKYAT HARUS DIJAGA DAN DIUTAMAKAN.
Hilang pelaburan yang sedia ada, hilangnya minat pelabur luar, kurang inovasi akibat kurang nya R&D dan dasar perdagangan bebas yang merugikan akan memberikan ancaman kepada hilangnya pekarjaan dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Ini perlu dipandang serius oleh kerajaan terutama pentadbiran baru DS NAJIB.
Semuanya harus difikirkan dengan serius oleh pemimpin, perancang dan pengkaji ekonomi Negara. Kerajaan harus sentiasa berhati hati dan peka dengan sebarang kemungkinan yang mungkin menganggu gugat kestabilan ekonomi negara. Termasuklah ketidak stabilan politik negara.
NASIHAT UNTUK NAJIB DARI RAKYAT.
- Bentuk badan panel penasihat ekonomi dari galangan yang terpilih bagi memantau keadaan ekonomi semasa dan akan datang.
- Membentuk dasar kerajaan iaitu polisi yang perlu dalam menjamin kestabilan dan keadilan dalam perdagangan international.
- Kaji setiap dasar perjanjian perdagangan global yang ada,dan keuntungann kepada Negara.
- Mengkaji setiap subsidi kepada syarikat luar negara dan juga keuntungannya pada negara.
- Bentuk Industri R&D ( reserch and developement) dan Unit perangcangan industi dan perdagangan berfunsi dengan lebih berkesan dalam keperluan dan persyaratan dalam pembangunan industri baru dan yang sedia ada. Ini bagi menjadi kan produk negara competetif di pasaran dunia.
- Pengawalan terhadap trade defisit, walau kini banyak di bantu eksport oleh petroleum, minyak sawit, getah dan lain.
- Sekat penjualan syarikat pemilikan tempatan kepada pemilikan syarikat luar Negara.
- Elakkan transfer teknologi yang kita miliki keluar Negara, bagi menjamin produktiviti tempatan.
- Kaji tambatan ringgit dengan US Dollar memandangkan kejatuhan terus menerus US Dollar.
- Kaji pengunaan matawang emas yang lebih stabil dan mempunyai nilai interistik dari wang kertas.
Perkara-perkara lain, yang penting dan perlu di ambil perhatian:
- Menyekat pekerja tanpa izin; Ini menyumbangkan pengaliran wang banyak keluar Negara.
- Menetapkan kadar gaji minimal yang tepat dan betul untuk rakyat Malaysia.
- Faedah kesihatan kepada rakyat sentiasa di ambil perhatian.
- Faedah pendidikan kepada rakyat.
- Pembangunan sistem tenaga alami dari angin , air dan solar yang praktikal dalam mengurangkan kebegantungan kepada tenaga minyak.
- Peningkatan kepada hasil produk tempatan, bagi mengurangkan kebegantungan kepada produk import.
- Kempen kepada “ Beli Produk Malaysia“ ,“ Makan Produk Malaysia“,“ Makan Buahan Tempatan“,“ Melancung dalam Negara“ dan lain lagi dalam mengawal pengaliran wang keluar negara.
MALAYSIA BOLEH
PEDULIKAH ANDA......!!!!
SILA BERI SARANAN ANDA.........DEMI MALAYSIA TERCINTA.
.
3 ulasan:
salam...saya ingin bertanya.
1. betul ada banyak kebaikan bila kita pegging kat gold? cth mcm tiada inflasi, duit kita stabil..
2. (betul tak ape yg saya pikirkan..)klu kita pegging kat gold maknyenye taukey2 foreign exchange tak dapat keuntungan besar sebab rate dh di tambat kat gold..? (fahaman yg takde basic econ ni ;-))
tlg explain dalam bahasa yg org awam blh faham..maaflah sebab saya bukan ada backgrd econ tak tau sgt term2 economi..tp rs ingin tahu amat tinggi... demi kepentingan negara tercinta..
wsalam..selamat hari raya
Pandai nyee , setuju pendapat anda.
Lawatlah laman Najib.Antimamak dah gulung tikar ,tak laku lagi .Tukar nama kepada nama senenar.
http://www.1malaysia.com.my
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
salam umtuk najib :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
Catat Ulasan