MERDEKA..! MERDEKA..! MERDEKA..!
Apalah ertinya lagi, MERDEKA kalau perpaduan rakyat sudah tiada....
Apalah ertinya lagi, MERDEKA kalau kita masih tercari “kebebasan”
Apalah ertinya lagi, MERDEKA kalau kita “dijajah” lagi ...
Apakah kerana Melayu Mudah Lupa..?
Apakah kerana Melyau Lupa Sejarah..?
Apakah kerana Melayu Banyak Cakap dari Bertindak..?
Apakah kerana Melayu Sekarang Penting Diri…?
SEHINGGA LUPA, SUSAHNYA MENCAPAI KEMERDEKAAN ITU.
SEHINGGA MENGABAIKAN PENGISIAN KEMERDEKAAN ITU….
SEHINGGA MEMBIARKAN MALAYSIA DI JAJAH LAGI……
Pepatah pernah mengatakan
“ Learn from your mistake, Those who make same mistake twice, is stupid..!!!“
Jawapan kepada pepatah di atas,
APAKAH BENAR KITA MELAYU(ISLAM) BODOH.?
Terlebih dahulu saya mohon pada semua untuk membaca dulu artikel ini sebelum berkomentar terhadap tajuk ini. Ini sebenarnya bertujuan untuk kritikan membina bagi kita semua, termasuk saya agar menjadi Melayu (Islam) yang lebih baik.
Apa kata datuk nenek kita.
Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Ramai orang Melayu, majoritinya, hanya tahu melaungkan MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA. Tapi tanpa penghayatan yang sebenarnya sehingga sanggup melihat Malaysia dijajah lagi.
Sekiranya datuk nenek kita, pejuang kemerdekaan, masih hidup dan melihat apa yang berlaku sekarang, mereka akan menangis. Menitiskan air mata sesalan yang tak terhingga kerana anak cucu mereka tidak tahu menghargai perjuangan mereka sehingga membiarkan Malaysia dijajah lagi. Menitis air mata mereka melihat Melayu kini berpecah belah kerana fikiran diracuni oleh kefahaman politik yang berbeda, dan saling bermusuhan. Menitis air mata mereka melihat fikiran Melayu yang sudah diracuni perkembangan barat, Yahudi-zionist, sehingga Melayu dijajah lagi dibumi sendiri.
Yang membuat hati mereka begitu terluka hingga sesak bernapas adalah melihat orang Melayu(Islam) saling membenci dan saling memusuhi satu sama lain demi kepentingan peribadi.
Mereka juga akan menyumpah....kalian lalai, kalian bodoh!
(bersambung Part 2)
.
Sabtu, 23 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan