I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 24 Ogos 2008

MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA(Part 2)


Terlebih dahulu saya mohon pada semua untuk membaca dulu artikel ini sebelum berkomentar terhadap tajuk ini. Ini sebenarnya bertujuan untuk kritikan membina bagi kita semua, termasuk saya agar menjadi Melayu (Islam) yang lebih baik.

Jangan Marah kalau orang kata: Melayu Bodoh.


Marilah kita kaji sejarah kemerdekaan sejenak.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, kemerdekaan tidak akan kita capai tanpa ada perpaduan kaum dari berbilang bangsa dalam Malaya. Atas kesepakatan itu kita mencapai kemerdekaan.

Tetapi dalam hal perjuangan pula, berapa ramaikah jiwa orang melayu yang gugur dalam mempertahankan negara dari penjajah, dari komunis dan anasir subversif...??????

Hitung pula berapa ramai YANG GUGUR dari kaum China dan India...???

Tidak siapa pun di dunia ini yang dapat menafikan perjuangan datuk nenek kita. Mereka mempertarungkan jiwa dan raga demi tanah tumpah darah, Malaysia.

Walau selepas kemerdekaan pun, Malaysia belum aman dari anasir-anasir yang menentang kerajaan, iaitu komunis.



Teringat satu ketika dulu awal tahun 70an, pernah datuk dan nenek menceritakan, mengatakan DAP tu parti komunis. Ini kerana dasar perjuangan DAP yang mahu menghapuskan hak orang Melayu dan Raja-raja Melayu, dan memperjuangkan hak sama rata antara kaum. Antara yang pernah saya dengar dari datuk dan nenek saya, adalah hak menjadi Perdana Menteri Malaysia dari golongan kaum China. Mereka akan sokong siapa saja menentang kerajaan dengan harapan kerajaan akan lemah dan tumbang, dan senang untuk mereka memainkan peranan dan mengambil kesempatan, pada ketika itu komunis merupakan musuh nombor 1 negara.



Kini setelah 51 tahun kita mencapai kemerdekaan, orang Melayu telah lupa sejarah perjuangan datuk dan nenek kita. Orang Melayu telah lupa sejarah asal perjuangan DAP dahulu; untuk menghapuskan hak orang Melayu dan Raja-raja Melayu dan memperjuangkan hak sama rata antara kaum.




Orang Melayu kini mengundi DAP, orang Melayu kini terima DAP, orang Melayu kini digulakan DAP, orang Melayu kini dikudakan DAP. Orang Melayu kini di sisih oleh DAP dan malangnya kini, orang Melayu di kuasai DAP. BODOHKAH KITA ORANG MELAYU ..???



Jangan Marah kalau orang kata: Melayu Malas.


Orang Melayu banyak bercakap dari bekerja, dalam ertikata lain pandai bercakap tapi malas untuk melakukannya.


Kesimpulannya orang Melayu malas..!!!


Apakah ini sifat semulajadi orang Melayu.?


Kalaulah ada yang mengatakan ianya sifat semulajadi orang Melayu, tidak adakah kesedaran yang boleh diambil daripada sejarah datuk nenek kita. Apakah kita orang Melayu kini, Bodoh untuk menilai dan Bodoh untuk sedar dari kesilapan datuk dan nenek kita yang dikatakan malas itu. Dan kini setelah 51 tahun merdeka, apa orang Melayu masih bodoh untuk menilai baik buruknya malas itu.


Sifat malas ini turut dikaitkan dengan sifat cukup makan dan makan gaji cukup makan. Orang Melayu hidup dalam status kenyamanan, tak mahu dan tak berani merubah diri ke tahap yang lebih baik. Orang Melayu takut untuk berubah dari status kenyamanannya. Kerana takutnya ini, kesimpulannya orang Melayu dikatakan Malas.


Saya tertarik dengan nasihat orang tua saya, mengatakan seorang pegawai kerajaan yang gajinya RM5,000 tidak dapat mewariskan gaji RM5,000 dan jawatannya pada anaknya. Tetapi seorang peniaga yang sudah memperolehi untung nya RM5,000 sebulan dapat mewariskan keuntungan RM5,000 sebulan kepada anaknya malah cucu cicitnya kelak.


Kerana status kenyamanan atau “ confort zone“ menyebabkan orang Melayu malas untuk usaha terutamanya bidang berniaga.


Sifat malas juga dikaitkan dengan sifat PHD, Perasaan Hasad Dengki. PHD dengan kekayaan orang yang berusaha kuat dan gigih untuk berjaya. Orang kaya kita pun nak kaya, orang Melayu sudah mula menilai kehidupan dari segi materialistik. Maka timbul pula jalan pintas untuk kaya, kuasa dan rasuah. Orang Melayu kini sudah pandai menggunakan kuasa dan rasuah untuk cepat kaya.


Jangan marah kalau orang kata: Melayu Rasuah


Dengan kuasa bermacam-macam dapat dilaksanakan.


Malang semalangnya dengan salah guna kuasa, banyak hak orang Melayu akhirnya tergadai dan terjual kepada kaum bukan Melayu. Tanah dan bangunan dulunya milik orang Melayu sekarang tergadai pada bukan Melayu. Siapa yang mengadainya, orang Melayu juga yang mengadainya.


Tanah-tanah kerajaan di tukar milik dan terjual kepada syarikat bukan Melayu dengan bermacam cara. Sebagai contoh,negari Selangor. Pemimpin Melayu berlumba untuk negeri Selangor maju mejelang 2010, tapi apa maknanya maju kalau tanah anak cucu kita tergadai pada kaum lain. Siapa yang mengadainya, orang Melayu juga yang mengadainya.


Saya teringat semasa zaman Mat Tyson, beratus malah ribuan hektar tanah terlepas ke kaum lain oleh “pegawai-pegawai Melayu” yang berkuasa, termasuklah dari budak pejabat, kerani, DO sampailah ke exco negeri. Semua nak cepat kaya, orang Melayu dapat 20% dah cukup kaya , 80% lagi milik kaum lain. Bak kata, orang Melayu makan tulang kaum lain makan isi. BODOH KAH KITA ORANG MELAYU..!!!!

Dari jumlah penduduk, majorititi orang Melayu 64% sudah nampak jelas kalah pada kaum minoriti China dan India dari segi ekonomi dan pendidikan. Kaum China nampak lebih jauh berjaya dalam bidang ekonomi dan pendidikan diikuti kaum India. Semuanya bertambah malang kini, apabila politik pun sudah mula dikuasai oleh suara yang lantang dari kaum minoriti ini. Apakah pemimpin Melayu tidak sedar akan perkara ini atau merekapun Bodoh dan tidak tahu bagaimana untuk memajukan kaum mereka selain kepentingan diri semata. BODOHKAH KITA PEMIMPIN ORANG MELAYU KINI...!!!, MASIH TERCARI-CARI FORMULA UNTUK MEMAJUKAN ORANG MELAYU WALAU SETELAH 51 TAHUN MERDEKA.





-bersambung




PEDULIKAH ANDA....!!!!

.

Tiada ulasan: