I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 22 Julai 2008

KEMPEN PUTIH : TAK NAK PAK LAH

Apa yang di maksudkan kempen putih ini dalam perjuangan kita di Malaysia.


“KEMPEN PUTIH”

Bendera putih membawa pengertian yang berbeda sepanjang sejarah dan bergantung pada pengertian setempat.

Bendera menyerah diri atau gencatan senjata semasa perang:

Bendera putih juga merupakan simbol international yang dihormati semasa perang sebagai gencatan senjata( truce atau ceasefire) dan permintaan untuk berbincang. Ia juga merupakan simbol menyerah, biasanya pihak tentera lemah yang memohon untuk berbincang. Pembawa bendera putih menunjukkan kedatangan untuk berbincang tanpa bersenjata, dengan niat untuk menyerah atau ingin berbincang. Mereka yang membawa bendera putih ini tidak boleh menembak atau pun ditembak.


PENGERTIAN KITA,

Kempen ini bermula 1hb julai 2008 hingga 31hb Ogos 2008. Semasa kempen ini, rakyat akan memakai ribbon putih di baju dan mengibarkan bendera putih pada kenderaan, tempat kediaman atau perniagan sebagai sokongan mereka.

Pada pengertian kita, kempen Putih ini membawakan maksud yang tersendiri. Kita memilih putih kerana putih itu bermaksud suci , bersih dan tanpa cemar atau kotoran. Sokongan kepada kempen ini bermaksud ;Sokongan kepada perjuangan suci TUN dan sokongan kepada Pak Lah untuk berundur, bersihkan kepimpinan yang lemah.

Kain putih dan ribbon putih mudah di perolehi, dan murah harganya. Kalau tiada kain kertas putih pun boleh di jadikan alternatifnya.

UNTUK BERJAYA DALAM MELAKSANAKAN PROJEK RIBBON DAN BENDERA PUTIH:

PERTAMA: NIAT

Sebelum melakukan ini, yakinlah yang Anda telah melakukan sesuatu yang benar, dengan menyokong tindakan TUN. Berniatlah yang baik untuk agama bangsa dan negara mudahan TUHAN memberkati perjuangan Suara Hati Rakyat Ini.


KEDUA: SYARAT NIAT

APA CARA TINDAKAN PERJUANGAN KITA; BANTAHAN SENYAP DAN AMAN KEPADA PAK LAH.

APA ALASAN PERJUANGAN KITA; SEBAGAI SOKONGAN TERHADAP TINDAKAN TUN.

APA TINDAKAN TUN ITU: LAYARI LAMAN WEB http://www.chedet.com/ ( TIDAK PERLU PENJELASAN LAGI)

APA YANG HARUS DILAKUKAN: Mulai 1HB julai 2008 HINGGA 31HB OGOS 2008 kita lakukan “BANTAHAN SENYAP DAN AMAN SUARA HATI RAKYAT KEPADA PAK LAH” dengan:

1) Memakai pin ribbon warna putih , atau
2) Menaikan bendera putih di kereta, di motor, depan rumah, depan kedai dan pejabat dll


KETIGA; TINDAKAN NIAT

PLAN YOUR WORK, WORK YOUR PLAN

AKSI DAN KERJA KERAS UNTUK SUKSESS.

JANGAN LAKUKAN SENDIR SAHAJA. DIBAWAH SAYA AKAN NYATAKAN LANGKAH YANG PERLU BAGI MEMAKSIMALKAN SOKONGAN TERHADAP TUN.

  1. BUATKAN DAFTAR NAMA ORANG YANG AKAN TURUT SERTA DALAM PROJEK INI.
    1. Buatkan senarai nama orang yang mahu turut serta dalam program ini. Usahakan sebanyak mungkin nama yang Anda kenali.

Nama; talipon /email / YM / alamat untuk dihubungi.

    1. Mulakan dari lingkungan yang positif menyokong TUN dahulu.

Orang ini tak perlu banyak penjelasan, dah tentu tindakan kita menyokong TUN.

    1. Kemudian barulah lingkungan yang 50-50 atau negatif.

Orang ini perlukan sedikit input, penjelasan, mungkin dari apa yang terdapat dalam blog TUN sudah cukup untuk menerangkan niat projek ini.

    1. Mulakan dengan orang yang terdekat dengan kita, keluarga, kawan, kawan pejabat, kawan sepermaianan yang tinggal berhampiran atau sedaerah atau senegeri.
    2. Kemudian senaraikan pula yang tinggal berjauhan atau luar daerah atau luar negeri.

  1. HUBUNGI MEREKA.
    1. Hubungi mereka dengan talipon: sms, atau email, atau langsung jumpa.
    2. Ceritakan apa matlamat kita ini, dan kesannya tidak membahayakan sesiapa, HANYA BANTAHAN AMAN, SUARA HATI RAKYAT.
    3. Buat appointment(temujanji) jika perlu. Perjelaskan dengan baik matlamat projek ini.

  1. PENERANGAN DAN INFORMASI PROJEK INI.

a. APA YANG HARUS DILAKUKAN: Mulai 1HB julai 2008 HINGGA 31HB OGOS 2008 kita lakukan “BANTAHAN SENYAP DAN AMAN SUARA HATI RAKYAT KEPADA PAK LAH” dengan:

1) Memakai pin ribbon warna putih , atau
2) Menaikan bendera putih di kereta, di motor depan rumah, depan kedai dan pejabat dll.


KENAPA PUTIH: BERSIH, SUCI DAN BARU TANPA KOTORAN.
  1. TINDAKAN SUSULAN.
    1. Sering hubungi mereka, beri semangat dan nasihat agar mereka turut serta menjayakan projek ini. Bantu mereka sedaya mungkin. Ajar mereka dengan internet, layari http://www.chedet.com/
    2. AJAR MEREKA UNTUK BERTINDAK SAMA SEPERTI ANDA MENGAJAR YANG LAIN UNTUK BERBUAT SAMA. Agar lebih ramai yang akan lead menjayakan projek ini.
  1. MAKLUMBALAS.
    1. Kepada yang berminat email atau YM sokongan Anda untuk turut serta : kami memerlukan sokongan dari semua lapisan masyarakat terutama dari;

1. wakil parti politik.

2. wakil NGO.

3. wakil persatuan dan pertubuhan.

4. wakil Syarikat.

5. wakil ketua/ pemimpin.

6. terutama rakyat Malaysia yang mahu perubahan.

email sokongan anda ke: ashar_abdullah@yahoo.com

YM : ashar_abdullah

    1. Maklumat perkembangan.

1. kepada yang menyertai harap melapurkan perkembangan mereka, agar setiap permasalahan yang timbul dapat diatasi bersama teman seperjuangan dengan segera.

    1. Menyertai conference di YM:

1. kepada yang berminat untuk lead boleh menyertai conference di YM. Segala permasalah boleh kita bincangkan bersama secara ONLINE.

  1. BERDOALAH.
    1. Sentiasa berdoalah, mudahan Tuhan memberkati perjuangan ini dan membuka pintu hati Pak Lah terhadap projek “BANTAHAN SENYAP DAN AMAN SUARA HATI RAKYAT“ ini.

APAKAH KESAN DAN MESSAGE YANG KITA SAMPAIKAN DENGAN PROJEK INI:

  1. SOKONGAN PADA TUN DR MAHADHIR MOHAMAD.
  2. SOKONGAN UNTUK DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI BERUNDUR.
  3. MEMBERIKAN SIGNAL PADA WAKIL RAKYAT TERUTAMA PEMIMPIN UMNO MENJELANG PEMILIHAN NANTI. RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN.
  4. MEMBERIKAN SIGNAL BAHAWA SUARA RAKYAT ADALAH MAJORITI.
  5. MEMBERIKAN SIGNAL, RAKYAT BERTINDAK DENGAN CARA YANG PALING AMAN DAN BIJAKSANA.
  6. MEMBERIKAN SIGNAL JUGA KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG. RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN. JIKA PERLU PENGLIBATAN TERUS OLEH YANG DIPERTUAN AGONG DALAM HAL INI DENGAN TUN DR MAHADIR MOHAMAD.


Marilah kita sama-sama sokong dan bertindak untuk TUN.

Lakukan segera, Mulakan hari ini, kalau boleh sekarang juga.

Buktikan suara rakyat boleh berkuasa: Malaysia Boleh..!!!!

Inilah sumbangan kita kepada agama bangsa dan Negara.

Jangan macam “anjing menyalak bukit aja“ tak bawa kita ke mana....


TUNJUKKAN PADA TUN....KITA BENAR-BENAR SOKONG TUN......


Keadaan sudah parah :

Bak kata Telur Hujung Tanduk dan Retak menungu Belah...

3 ulasan:

Heical berkata...

Kalau dilihat tulisan antimamak macam berpatah arang bencikan TUN.
Siapakah yg amat membenci TUN.Biasanya kekasih atau orang yg paling rapat suatu masa dulu akan bertukar jadi benci yg amat fanatic.
Isteri-mamak-tua Cuba selidik Siapa kah orang itu.

Ery berkata...

saudara Isteri-mamak-tua,
saya amat berminat dgn tulisan2 saudara mengenai iluminati n israel. saya harap agar saudara membenarkan saya mengambil tulisan2 saudara utk pengajaran n pengetahuan.

Saya akan menyokong kempen putih!! Insyaallah~

tawakaltu... berkata...

Saudara saya sokong tulisan saudara tentang Israil teruskan kajian anda...
tentang kempen ni... saya tak masuk campur... sendiri buat sendiri tanggung... kalau kempen anti israel saya sokong.