Disedari atau tidak masa yang berlalu seolah tidak pernah kita teliti dan kaji dengan serius. kita merasakan semua perubahan yang berlaku sama saja tidak ada bezanya.
Sebenarnya sesuatu keadaan atau tamadun itu mustahil kekal dalam sesuatu keadaan. Ini adalah sunnatullah - berubah bagaikan roda. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Pernah Islam gemilang pada zaman Rasulullah, Khulafar al-Rashidin, Umaiyah, Abassiah, Uthmaniyah, Anatolia, Safawiyah dan Mongol di India. Islam pernah dihancurkan oleh Perang Salib, kaum Mongol dan sekularisme Kamal Ataturk. Islam di Eropah dihancurkan oleh kombinasi Katholik antara Ferdinand dan Isabella.
Kini, jangan bersedih walaupun sekarang Islam sedang dihancurkan oleh Israel dan Amerika. Kita terpaksa menerima fakta ini, kita sedang berada pada roda sebelah bawah. Sebelum ini bukankah kita berada di atas? Sekarang kita berada di bawah -apa bezanya? Rasanya sama bukan?. Ini kerana sebelum kita ke bawah, kita mengulangi kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh orang Umaiyah sebelum mereka hancur. Kita melakukan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh Abbasiah sebelum mereka hancur. Begitulah juga kita meniru kelakuan umat yang terdahulu yang dihancurkan. Sejarah itu berulang dan manusia (annas) itu pelupa...!!!
Maka itu kita berdebok jatuh ke bawah bagai nangka busuk jatuh. Kita harus terima kenyataan ini.
Maka itu kita di sini perlu ingat, contoh situasi di negara kita sendiri. Sekiranya kita melakukan kesalahan yang serupa yang dibuat oleh orang yang terdahulu, kita juga akan dilanyak jadi cekodok hangus. Kalau tak percaya tunggulah. Satu hari nanti akan ada satu "kuasa" yang memukul kita bersepai di muka bumi, sekiranya kita tidak berwaspada dengan konsep "roda yang berpusing" ini. Jadi pemimpin itu harus sentiasa berwaspada dan merubah ketahapan yang lebih baik ke arah jalan Islam.
Ciri utama sesuatu umat itu akan dimusnahkan ialah membelakangkan al- Quran dan Hadith. Semakin jauh kita dari al-Quran dan Hadith semakin dekat kita kepada kehancuran itu. Penyakitnya bermula dari dalam. Berpoya-poya. Rasuah. Harta negara dan wang rakyat dirompak. Meletakkan sesuatu, seseorang, institusi atau apa saja tidak kena pada tempatnya. Orang yang salah memimpin sesuatu jemaah. Orang yang bodoh dan tolol jadi pemimpin. Orang berilmu berdiam diri. Orang miskin terus melarat tiada pembelaan. Tiada suara mencegah yang mungkar dan menyuruh berbuat baik. Fitnah dan penipuan dimana mana.
Semenjak lahirnya Agama Islam oleh Nabi Muhammada saw, kini sudah nampak jelas zamannya sudah jatuh, kini kita berada pada putaran roda di bawah.
Manakan tidaknya, umat Islam dilihat tidak kuat dan tidak bersatu hati dalam berbagai hal dan keadaan sedangkan kita dituntut untuk bersatu atas nama syariat dan akidah Islam itu sendiri. Umat Islam tidak segagah umat Islam dahulu. Umat Islam di perkotak katik, dipermain-mainkan dalam ertika lain diperkudakan oleh umat lainnya. Umat Islam di zalimi dan di fitnah di mana mana seluruh dunia. Majoriti umat Islam miskin dan mundur. Malah banyak negara Islam di dunia terutama di Afrika dan Asia jauh tertinggal di belakang arus pembangunan iaitu negara mundur. Umat Islam dijadikan "kambing hitam" atas banyak angkara, sehinggakan Agama Islam di anggap "agama terorist" oleh kebanyakan penduduk dunia. Agama dan Tamadun Islam yang dahulunya gemilang kini hancur ditelan zaman. Namun janji Allah akan ada kebangkitannya.
Kajian mengenai ilmu sejarah memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk sesebuah masyarakat. Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita memahami akan pegangan aqidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.
Putaran Tamadun Bangsa
Berdasarkan sejarah manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan pelbagai bangsa dan tamadunnya. Kita telah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir, Mesopotamia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin dan Islam.
Sudah menjadi sunnatuLlah, putaran tamadun bangsa berlaku dan keadaan ini adalah sebagai pengajaran kepada manusia.
وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)”
(Ali Imran 3:140)
Kemunculan Islam dengan kelahiran Ar-Rasul s.a.w. pada abad ke-6 Masihi berkembang dengan meluas ke seluruh dunia dengan obornya dijulang oleh pemimpin demi pemimpin sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Sepanjang abad ke-6 hinggalah abad ke-15, dunia berpaksikan umat Islam yang menjadi pemimpin terhadap halatuju sosio-ekonomi-politik dunia. Kemudian, akibat peperangan sesama sendiri, kerana perebutan wilayah, kerana peribadi kepimpinan maka muncul pula Tamadun Barat Kristian yang mendominasi dunia dan menjadi paksi pada perkembangan manusia.
Dominasi Tamadun Barat sampai ke kemuncaknya, apabila Gerakan Zionis dengan kekuatan ekonomi, media dan politik di Amerika Syarikat dan Eropah mengambil alih hegemoni tersebut dan digantikan dengan Tamadun Yahudi-Zionis yang mencengkam dunia sehingga saat ini.
Professor Norman Cantor menegaskan hakikat hegemoni Zionis dalam bukunya The Sacred Chain (hal. 406-407) seperti berikut: Jews in the four decades after 1940 came home in American Society to suburban comfort, to penetration of academia and the privileged bastions of the learned professions, to corporate business, to politics and government and controlling levels of the media. Jews were over represented in the learned professions by a factor of five or six. Nothing in Jewish history equaled this degree of Jewish accession to power, wealth and prominence. Not in Muslim
Tamadun Zionis-Yahudi
Abad 21 menderitai krisis kemanusiaan yang parah akibat daripada hegemoni Zionis-Yahudi yang menunggangi Amerika Syarikat untuk meneruskan agenda Zionis mencengkam dunia. Sebagaimana kaum Aus dan Khazraj diadu domba oleh masyarakat Yahudi di Madinah sebelum kedatangan Islam, begitulah yang sedang berlaku pada masa kini. Mereka kini mengadu domba umat Islam dan Kristian Barat dengan pelbagai cara melalui kekuatan yang ada. Dengan penguasaan media cetak dan elektronik, mereka memastikan agenda pemusuhan diteruskan di samping melemahkan generasi muda dengan budaya hedonistik dan satanik.
Allah berfirman, لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ
“Sesungguhnya engkau dapati yang paling keras memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan”. (Al-Maidah 5:82)
وَقَضَيْنا
إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِي
“Dan telah Kami buat keputusan untuk Bani Israel di dalam kitab: Sesungguhnya kamu akan membuat bencana di muka bumi dua kali, dan kamu menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar” (Al-Isra’ 17:4)
Rajah 1: Putaran tamadun manusia mengikut kitab-kitab.
|
.
Rajah 2: Putaran Al Kitab dan Nabi,. |
Rajah 3: Putaran Kebangkitan Jahilliyah(A Dinul Batil). |
Rajah 4: Sejarah putaran tamadun manusia dan Al Kitab.
|
Gambarajah 1-4 di atas dapat kita simpulkan bahawa rasul/nabi diutuskan untuk membawa Ad Din Haq, Kehidupan Menuju Jalan Yang Benar malalui kitab-kitab suci yang diutuskan oleh Allah mengikut zaman-zaman mereka. Allah mengutuskan rasul/nabi kerana mereka hidup sesat dengan Ad Din Batil, kehidupan Yang Jahiliah. Malangnya, sejak zaman nabi terdahulu, setiap ajaran Ad Din Haq dari kitab-kitab Allah pasti ada yang menginkari dan juga mengkhianati. Dan ini mengakibatkan perpecahan umat itu sendiri. Hal ini berlanjutan sehingga rasul/nabi terakhir Nabi Muhammad saw.
Perpecahan masyarakat sezaman disebabkan oleh terpecahnya masyarakat kepada:.
1. Golongan tidak mempercayai kitab yang di turunkan.
2. Golongan yang merubah kitab tersebut, tergolong dari “ajaran sesat”
3. Golongan tidak mentaati kitab itu sepenuhnya ( hanya bahagian tertentu )
4. Golongan yang taat dengan ajaran kitab tersebut. tetapi,
Terbahagi pula pada mahzab-mahzab, dan masing masing mengatakan terbaik.
TITIK BERMULANYA PERPECAHAN UMAT ISLAM.
Perpecahan dalam agama Islam terlihat terjadi pada tahun 632 beberapa waktu setelah Nabi Muhammad meninggal dunia.
Nabi Muhammad meninggal tanpa sebelumnya menunjuk siapa pemimpin umat Islam sepeninggal Beliau. Beberapa pengikutnya percaya bahwa Khalifah harus diberikan kepada keturunan Nabi Muhammad dimulai dengan saudara sepupunya yang juga anak menantu yaitu Ali bin Abi Talib. Sementara mayoritas pengikut Nabi Muhammad mendukung sahabat Nabi Abu Bakar untuk meneruskan kepemimpinan Nabi. Walau Ali tidak menjadi penerus Nabi Muhammad sebagai Khalifah pertama namun Ia akhirnya menjadi Khalifah keempat sebelum akhirnya Ia dibunuh di wilayah Kufa pada tahun 661 yang sekarang menjadi bagian dari Irak.
Perpecahan di dalam Islam akhirnya benar-benar terjadi setelah terbunuhnya Ali bin Abi Talib. Mayoritas umat Muslim mendukung Gubernur Suriah ketika itu Mu’awiyah dan putranya Yazid. Sementara pendukung Ali yang kemudian dikenal dengan sebutan Syiah mendukung putra Ali bernama Hussein. Kedua kubu ini akhirnya bertemu di medan perang di dekat wilayah yang sekarang bernama Karbala di Irak pada tanggal 10 Oktober 680. Di dalam perang tersebut konon katanya Hussein diculik dan kemudian dipenggal.
Namun bukannya mematikan aliran Syiah, kematian Hussein justru dijadikan sebagai simbol martir oleh pendukungnya. Sosok Hussein dilihat sebagai seorang pemimpin yang adil dan sederhana yang berani berdiri menentang ketidakadilan. Hingga saat ini hari kematian Hussein diperingati oleh umat Syiah setiap tahunnya dan peringatan itu dikenal dengan nama Ashura. Pada hari peringatan itu umat Islam Syiah akan berjalan beramai-ramai sambil memukul-mukul dada mereka dan menangis histeris. Bagi umat yang fanatik peringatan Ashura dilakukan secara ektstrim dengan melukai badan mereka dengan cambuk atau bahkan pedang.
Disamping faktor dalaman di atas, yang juga mengakibatkan kejatuhan dan perpecahan umat Islam, satu yang tidak dapat kita engkari adalah mush berterusan oleh umat kaum Yahudi terhadap Agama dan Umat Islam itu sendiri, seperti terdapat dalam Al Quran. Mereka ini sentiasa menceri jalan untuk merosakkan dan menjatuhkan agama dan umat Islam.
Namun jika kita kaji sedalam dalamnya, pengaruh luaran ini tidak mampu mengatasi umat Islam jika umat Islam benar-benar mengikuti apa yang diperintahkan oleh Allah dalam Al Quran dan sunah Nabi Muhammad.
Jadi tepatlah, punca utama perpecahan umat Islam adalah kerana meninggalkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dan mengikut hawa nafsu. Perpaduan ummah mempunyai banyak hikmah dan kepentingannya.
Antaranya perpaduan merupakan jambatan emas yang menuju ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang dimimpikan oleh setiap manusia dan ia juga penghalang pada perpecahan.
Pembangunan ummah bermula daripada pembangunan pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan sahsiah, keluarga, kejiranan, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan, sains, teknologi, seni bina dan sebagainya.
Perpaduan bertanggungjawab menggerunkan musuh Islam. Ia juga merupakan lambang kesempurnaan iman. Misi perpaduan yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk setiap umat Islam hingga hari kiamat nanti.
Perpecahan ummah membawa implikasi yang amat buruk ke atas umat Islam. Antaranya ialah mengurangkan kesempurnaan iman, hilangnya kehebatan ummah dari kaca mata musuh Islam, dijajah dan ditindas oleh musuh, mencemarkan imej Islam, mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. bukan sahaja di dunia malah berterusan hingga hari akhirat, menghilangkan rahmat Allah seperti kurangnya hasil pendapatan dan produktiviti, kemusnahan ummah dan kemusnahan alam. |
Yang salah adalah kita sebagai umat yang menganutnya. Kita memang terlalu bodoh dan tidak mampu memanfaatkan kehebatan dari sebuah agama yang telah diturunkan oleh Tuhan ke dunia ini.
Mungkin, sesungguhnya nabi Muhammad memiliki maksud tersendiri untuk tidak menyebutkan siapa pengganti dirinya apabila beliau meninggal dunia. Mungkin alasan beliau melakukan itu adalah karena beliau tidak ingin Islam memiliki pemimpin sehingga membirokrasikan Islam dan menjadikannya sebagai sebuah alat untuk memperoleh kekuasaan. Mungkin Nabi Muhammad hanya ingin Islam menjadi sebuah way of life atau jalan hidup bagi setiap penganutnya dalam menjalankan aktifitas mereka sehari-hari.
Mungkin nabi Muhammad tidak ingin Islam dijadikan sebagai sebuah alasan bagi terjadinya perebutan tahta dan pertumpahan darah demi memperoleh pengaruh dalam dunia Islam. Namun, kita umatnya justru saling membenci dan merepresentasikan ajaran Islam sedemikian rupa demi memperoleh keinginan kita masing-masing.
Sedari atau tidak, peristiwa perpecahan dan kejatuhan Umat Islam ini sudah berlaku sudah sekian lama.
Kondisi ini semakin parah karena di saat yang sama, banyak pihak yang di lihat ingin memperbaiki ummat ini. Di antara mereka ada yang menggunakan mauidzah saja, ada yang menempuh jalur politik untuk meraih kekuasaan, ada yang menggunakan cara hizbiyyah yang melakukan gerakan bawah tanah dan latihan ketenteraan untuk menghadapi pemerintah dan pihak berkuasa, ada yang mengumandangkan slogan persatuan umat Islam dengan mengabaikan kerusakan aqidah, ibadah, dan akhlaq pengikutnya, pokoknya di bawah satu nama, lain lagi adalah kaum rasionalis-modernis yang mengedepankan akal lewat batas sehingga membelakangi syariat, ada pula yang radikal, tinggi semangatnya tapi kosong akan ilmu.
Lalu bagaimana mengembalikan umat Islam kepada kemurnian agamanya. Kebenaran dan jalan meraih keselamatan itu "Ad Din-Haq" pastilah satu. Selain itu, adalah penyimpangan dan kesesatan yang berujung pada kebinasaan. Betapa banyak jalan ke neraka dan jalan menuju surga hanyalah satu.
Tiada lain dan tiada bukan, kecuali menyatukan kembali umat ini dengan kafilah sebenarnya.
Sebagai langkah awal untuk menggembalikan semula semangat kekitaan ini, kita menyeru semua pemimpin dunia Islam yang berpegang kepada apa yang diseru oleh baginda Ar-Rasul s.a.w. dalam Khutbah Wada’ yang merupakan formula ILahi untuk umatnya meneruskan peranan kekhalifahannya; “Maka perhatikanlah perkataanku itu, wahai manusia, sesungguhnya telah aku sampaikan. Aku tinggalkan sesuatu kepada kamu, yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.” (Sirah Nabawiyyah, al-Buti, ms 435).
Kelompok yang telah mendapatkan rekomendasi dari Rasulullah saw ketika para shahabatnya bertanya,:Siapakah golongan yang satu itu? Beliau menjawab,:Mereka yang mengikuti aku dan para shahabatku. Inilah Firqatun Najiyyah (golongan yang selamat) dan ath-Thaifah Al-Manshuurah (kelompok yang mendapat pertolongan) yang sebenarnya.
Mereka adalah ulama hadis, ulama atsar, ahli sunnah wal jamaah dan salafiyyun !
Bagaimana ciri dan sifat mereka? Aqidah dan manhaj mereka? Adakah kita termasuk di dalamnya serta mencintai orang-orangnya? Menjadi golongan yang selamat, memperoleh ridha dan jannah-Nya?
{ bersambung}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan