APA AKAN TERJADI PADA NEGARA TERCINTA...NALAYSIA..??
Senario terkini pada PRU 13 menampakkan akan berlaku trend yang kurang menyenangkan..... mungkin akan berlaku pada Malaysia tanah air tercinta. Pengaruh Luar yang sentiasa menyuntik hormon-hormon jahat melalui NGO dan Parti Pembangkang dalam memenuhi ajenda mereka kini terjadi dengan terang benderang tanpa sembunyi lagi.Niat jahat ini perlu kita dedahkan segera demi menjaga nikmat keselamatan , keharmonian dan kesejahteraan yang sudah kita kecapi sejak merdeka lagi.
Mungkin masih ramai rakyat Malaysia masih buta hati atau buat buat buta dengan apa yang berlaku kini demi kepentingan peribadi.
Pengaruh Luar tidak akan berhenti untuk merusakkan perpaduan yang ada di Malaysia terutama perpaduan Agama Islam yang ada di Malaysia. Sudah bertahun-tahun mereka mencuba melalui parti pembangkang, namun tidak berjaya. Mereka menggunakan jalur NGO dan Media Internasional milik mereka. Mereka sudah tahu dan pasti Parti Pembangkang aja tidak akan berjaya melaksanakan impian mereka sendirian. NGO-NGO di libatkan secara diam diam. Sementara ketaksuban kepada pemimpin di "brainwash", Apa saja kata pemimpin itu benar, tanpa berfikir dengan akal sendiri.
Fahamam Islam Liberal menular kemerata pelusuk dengan agenda hak kebebasan individu dicanangkan. Kebebasan Bersuara...Hak kebebasan LGBT,,,Kebebasan Menukar agama dari Islam ke lain agama. Disamping memperjuangkan sesuatu yang sudah jelas membelakangkan dan bertentangan dengan Agama Islam itu sendiri. Ramai orang cerdik pandai terutama dari golongan "Tokoh Agama Islam" terpancing oleh perjuangan mereka ini.
Pengaruh Luar juga menghantar ulama-ulama syaih untuk menambahkkan kerusakan yang sedia ada. Akibatnya ....PERPECAHAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA..!!!!!!
Antara perkara yang paling membimbangkan sedang melanda umat
Islam(juga Melayu) ketika ini adalah perpecahan yang disebabkan oleh
kepelbagaian pemikiran dan juga aliran politik juga fatwa-fatwa yang mengelirukan Umat Islam di Malaysia.
S
ejarah Islam tidak pernah menolak akan hakikat perbedaan pendapat,
namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan pendapat tidak pernah
melewati aqidah Islam.
Perpecahan umat Islam, merupakan bukti kebenaran sabda Rasulullah Salalahualaihi Wasallam 14 abad yang lalu :
Sesungguhnya
Bani Israel telah berpecah belah menjadi 72 golongan, dan ummatku akan
berpecah menjadi 73 golongan, mereka semua di neraka kecuali satu
golongan.
Disini Bani Israel
merujuk kepada 12 anak nabi Yakub(digelar Israel) a.s. dari isteri
pertama Nabi Ibrahim a.s. bernama Sarah(dari bani Israel). Yang kemudian
di panggil Yahudi.
Dan dari isteri kedua
nabi Ibrahim a.s. bernama Hajar(dari bangsa mesir) lahirlah keturunan
Nabi Ismail a.s. hingga ke Nabi Muhammad saw.
Masing-masing kelompok dan perkumpulan mengklaim diri sebagai
golongan yang selamat. Bahkan juga, ada yang kafir mengkafirkan umat
Islam lain yang tidak masuk jamaah mereka.
Keadaan bertambah parah karena di saat yang sama, banyak pihak yang ingin memperbaiki umat Islam ini.
Di antara mereka:
- Ada yang menempuh jalur politik untuk meraih kekuasaan, banyak pula perkumpulan politik.
- Ada yang menggunakan cara hizbiyyah yang melakukan gerakan bawah tanah dan latihan ala tentera untuk menghadapi pihak berkuasa.
- Ada yang perjuangkan slogan
persatuan umat Islam dengan mengabaikan kerusakan aqidah, ibadah, dan
akhlaq pengikutnya, yang penting di bawah satu nama, Islam.
- Ada dengan puak rasionalis-modernis yang mengagungkan akal kelewat batas sehingga membelakangi syariat.
- Ada pula yang radikal, terlalu tinggi semangatnya tapi kosong akan ilmu .
Jika dihalusi secara objektifnya, kebanyakan
perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan umat Islam,
amat terkait dengan sikap taksub dan fanatik terhadap satu pendapat
lalu cuba memonopoli pendapatnya agar semua mengikutinya tanpa
menghormati pandangan orang lain. Bak kata, “kita saja betul orang lain
salah”.
Para imam mahzab umpamanya, turut berselisih pendapat dalam berbagai
persoalan semasa namun mereka tidak pernah mendabik dada bahawa mereka
benar yang lain salah. Sebaliknya berpendirian bahawa “ Pendapat mereka
betul tetapi berkemungkinan salah, Pendapat orang lain salah tapi
berkemungkinan betul”
Sebab itulah jika disingkap tabir sejarah, kita akan dapati
bagaimana para sahabat turut berselisih dalam banyak perkara namun tidak
pernah melunturkan iman apa lagi melemahkan mereka walau sedikitpun.
Ini kerana bagi mereka,
perselisihan faham akan membuka pintu
ketelusan, kebenaran dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan
keperluan yang berbeza
Pelbagai bukti sejarah mengenai perbezaan dan perselisihan pendapat
yang berlaku di kalangan sahabat seperti persoalan politik, pemilihan
Khalifah, isu memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat dan
pelbagai perselisihan dalam masalah fiqah yang kesemuanya ditangani
tanpa mengikut hawa nafsu dan emosi membabi buta..
Begitulah tingginya adab dan etika perbezaan pendapat yang didukungi
para sahabat Nabi yang kemudiannya diwariskan kepada generasi
selepasnya, sehinggalah umat dihinggapi “Penyakit Baru” yang begitu
cepat membarah, lantas meranapkan akal budi dan peribadi umat Islam
iaitu “Perpecahan Umat Islam”.
Perpecahan umat Islam melanda hampir dimana sahaja di seluruh
pelusuk dunia, baik pendudukya yang majority Islam atau pun penduduknya
minority Islam. Gara-gara penyakit ini, kita dapat menyaksikan suasana
umat Islam yang amat menyayat hati dan merobek emosi.
Di negara penduduknya majority umat Islam, mereka diperbodohkan,
diperkotak-katikkan dan di negara minoriti umat Islam, mereka difitnah,
dizalimi, disiksa dan dibunuh sewenang-wenangnya.
Apakah benar kenyataan bukan Islam, bahawa umat Islam itu bodoh, terorist, kejam, zalim, miskin, malas dan mundur.
Mari kita berfikir sejenak akan dakwaan mereka. Apa yang mampu kita
luahkan adalah umat Islam pernah berada dipuncak kegemilangan. Umat
Islam menerokai dunai perubatan, fizik, astronomi, sastera, perundangan
dan banyak lagi.Umat Islam pernah di hormati dan di sanjungi
peradabannya. Kini, semuanya hanya tinggal sejarah dan tidak ada apa
yang boleh di banggakan lagi.
Ternyata umat Islam telah mempersiakan apa yang pernah di milikinya
dahulu. Ternyata kini umat Islam masih lupa diri dengan mementingkan
kemajuan material. Kekuatan ekonomi dunia Islam arab dan kekuatan umat
Islam dunia berjumlah 1.6 billon disia-siakan begitu sahaja
Dimanakah silapnya berlaku perpecahan justru keruntuhan umat Islam?
PARA PEMIMPIN.
Memang pertanggungjawaban terbesar atas kesalahan-kesalahan yang telah menjerumuskan kita, terletak di bahu para pemimpin kita.
Tetapi yang jelas juga bahawa para pemimpin itu pada umumnya sama
saja dengan rakyatnya, kerana mereka merupakan lambang keadaan
masyarakatnya.
Pemimpin yang baik harus disanjung dan pemimpin yang
PARA ULAMA
Ramai pemegang amanah rasul Allah, ulama, yang tidak menunaikan
tugasnya dengan baik dalam menyampaikan agama Allah dan ada pula di
antara mereka yang “sekapal“ dengan pemerintah dan menjadikan ilmu
(agama) sebagai hamba politik dan menjadikan dirinya seperti mesin
pengeluar ‘fatwa’ , sesuai pesanan orang atasannya.
Sebenarnya ulama dewasa ini bukan lagi sebagai pemain tunggal
seperti halnya pada zaman dahulu, contoh: Dr HAMKA. Kerana pemilik media
cetak, elektronik dan pusat-pusat penerangan nampaknya lebih kuat
pengaruhnya dalam masyarakat, daripada ulama yang berpidato dari atas
mimbar.
MASYARAKAT
Tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu
sendiri yang merubahnya. Umat Islam kini terkenal dengan kaum yang
banyak bercakap dan bercerita, tanpa bertindak apa-apa. Sayang pada
kehidupan yang ada, takut akan perubahan.
Saya masih ingat, pada suatu hari seorang pendengar menegur gurunya
selesai memberikan ceramahnya, katanya: “Saya telah mendengar dan
mengikuti ceramah yang guru berikan selama tiga puluh tahun, lalu apa
yang telah guru lakukan?” Jawapan guru itu membuat muridnya terdiam,
katanya, “Kalau telah tiga puluh tahun mendengarkan ceramahku, lalu
sudah sejauh mana kamu melakukannya?”
PERGERAKAN ISLAM
Pergerakan Islam tidak berhasil merealisasikan perlaksanaan
hukum syariat dan menghidupkannya dalam peribadi umat untuk
mengembalikan kegemilangan dalam memimpin masyarakat dan melaksanakannya
dalam berbagai lapangan hidup, baik di segi aqidah, ibadah, akhlak,
muammalat (jual-beli), dalam fikiran, perasaan, undang-undang,
pengarahan masyarakat, sebagaiamana harapan umat dan sebagaimana yang
selalu dilaung-laungkan oleh para pimpinannya.
INDIVIDU
Keluhan pertama yang sangat dirasakan oleh para pakar dalam
pergerakan Islam, bahawa usaha menghisab diri(muhasabah diri) adalah
sangat lemah, atau boleh dikatakan pada umumnya tidak ada. Ulama zaman
dahulu pernah berkata: “Orang mukmin sangat keras memperhitungkan
dirinya, lebih dari seorang pemimpin yang diktator dan dari seorang
sekutu yang kedekut.”
MUSUH ISLAM MENYERANG AKIDAH DAN SYARIAT ISLAM.
MEMURTADKAN kaum Muslim memang tidak mudah. Akan tetapi, yang
menjadi target musuh Islam ialah: menghancurkan Islam dengan tikaman
dari dalam, menimbulkan keraguan terhadap Islam dan hukum-hukumnya,
memalingkan umat Islam dari jalan Allah, dan menjauhkan kaum Muslim dari
Islam. Oleh karena itu, pengembangan teologi inklusif-pluralisme
sebenarnya merupakan upaya penghancuran akidah Islam.
Timbulnya konsep baru dalam kefahaman Islam seperti Islam Liberal
(JIL) merupakan satu tipu helah dalam memesongkan aqidah umat Islam
sejagat sejajar dengan perkembangan dunia morden. Ianya dicetuskan oleh
Leornard Binder, diantara sarjana Barat keturunan Yahudi
Munculnya ulama dan pemimpin Islam yang memesongkan pemikiran dan
aqidah umat Islam dari kalangan agen Amerika @ Yahudi-zionist. Dari buku
The CIA at War, yang menceritakan program membeli ulama dan pemimpin
Islam dalam menghadapi sentimen-sentimen anti Amerika di dunia Islam dan
Arab. Dalam wawancara pengarang buku tersebut dengan George Tenet
(Direktor CIA), ditegaskan bahwa Amerika menemukan ruang untuk melawan
gelombang anti Amerika dengan cara menyuap para ulama atau menciptakan
ulama palsu dan merekrut tokoh-tokoh agama dan politik Islam sebagai
agen.
Industri musik, filem dan internet digunakan unutk menyuci minda
umat Islam dalam memesongkan umat dari jalan Allah. Seperti yang
diketahui semua industri-industri ini di kuasai oleh orang
Yahudi-zionist musuh Islam sejagat.
Pengaruh musuh Islam ini dalam pemikiran umat Islam amatlah serius
sekali dan merupakan penyebab utama dalam perpecahan umat Islam kini.
KESIMPULAN:
Melihat akan kerosakan umat Islam kini begitu tersebar dan
menyeluruh dan tanggungjawabnya harus dipikul bersama, meskipun
masing-masing berbeza-beza pendapat, bangsa dan suku kaum.
Perpecahan dan kehancuran umat Islam sebenarnya, berputik dalam
batin kita sendiri, dalam diri umat Islam masing-masing, kerana kita
terlalu mencintai diri mengatasi Allah.
Kita melihat kesilapan pada orang lain tetapi tidak melihatnya pada
diri kita sendiri.Ya, kerosakan itu terdapat pada diri kita semua. Kaum
muslimin dituntutnya untuk bekerja, sedang diri sendiri tidak, kaum
muslimin diperintahkan berjihad, diri sendiri duduk diam, kaum muslimin
disuruh menyumbang, sedang dirinya sangat kedekut dan kaum muslimin
dituntut untuk berkorban, sedang diri sendiri hanya memerhatikannya.
Penyakitnya ada dalam diri kita semua, kerana semuanya beriman
kepada Allah dan sekaligus tidak patuh kepada perintahNya. Kita mengaku
cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi enggan mengikuti ajarannya. Ingin
masuk ke syurga, tetapi tidak menempuh jalan-jalannya dan takut pada
api neraka, namun senang menempuh jalan yang dapat menghantarkan ke
neraka. Senang mengakui dirinya sebagai orang Islam, tetapi enggan
bekerja untuk membela agamanya dan umat seagamanya.
Justeru, dalam usaha untuk mengembalikan sinar kegemilangan Islam
yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera
dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai
budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi
awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.
Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada
pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri,
berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara
satu sama lain. Mungkin inilah jalan keluar dari belitan konflik
kefanatikan pemikiran yang melanda umat Islam kini.
Dalam ertikata lain umat Islam perlu bersatu padu melalui aqidah.
Ulama-ulama
Islam sebagai pemegang amanah para rasul harus bersatu untuk memimpin
dan membangun program perpaduan ummah peringkat dunia dalam menghadapi
musuh-musuh Islam.
Umat Islam harus kembali kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
Perpaduan ummah dapat dipupuk oleh semua bangsa dan suku kaum dalam satu
aqidah.
Dan ini merupakan jambatan emas bagi menuju ke arah pencapaian
keamanan dan kesejahteraan yang dimimpikan oleh setiap manusia dan dapat
mengelakkan perpecahan dari anasir luar.
Pembangunan ummah ini bermula daripada pembangunan pendidikan yang
bertanggungjawab membangunkan individu, keluarga, kejiranan, masyarakat,
negara, ekonomi, kebudayaan, sains, teknologi, seni bina dan
sebagainya.
Perpaduan umah juga dapat menggerunkan musuh Islam. Ia juga
merupakan lambang kesempurnaan iman. Misi perpaduan yang diperjuangkan
oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk setiap umat Islam hingga hari kiamat
nanti.
Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. Dan Kami telah
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). (Surah al-Hujarat: ayat 13).
Oleh itu salah satu daripada matlamat utama pengutusan para Rasul
ialah untuk menghapuskan perpecahan dan mengabadikan perpaduan di
kalangan manusia.
Itulah cabaran utama yang dihadapi oleh para Rasul iaitu penyakit
perpecahan dan pertumpahan darah yang berpunca daripada kesesatan
akidah.
Misi utama dakwah yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. juga
adalah untuk perpaduan. Kejayaan Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar merupakan satu peristiwa yang paling
bersejarah dalam perkembangan Tamadun Islam.
Pada PRU 13 kali ini, marilah kita berfikir sejenak dengan hati yang ikhlas dan terbuka, Lihat dan teliti perkembangan politik Malaysia dari sejak Merdeka hingga kini. Apa sebenarnya yang berlaku, selidiki semua maklumat yang ada...PASTI....PASTI ..Sudah PASTI ....BARISAN NASIONAL menjadi PILIHAN ANDA.
TAK PERCAYA Sembahyang hajat dan mohon pada ALLAH memberikan petunjuk ......
MUDAH MUDAHAN PEMERINTAHAN BN SELEPAS PRU 13 AKAN LEBIH BAIK DAN DIBERKATI......Amin
===================================
PEDULIKAN ANDA…..!!!!