Ini merupakan teori Anwar nak cuba terajui politik Malaysia mengikut jalan dalam yang singkat untuk menubuhkan kerajaan pembangkang terus jadi PM Malaysia mengantikan Pak Lah. Tidakkah ini merupakan satu kenyataan dan ulasan yang membahayakan keadaan dan kestabilan sosio-ekonomi Malaysia.
Menjelang 16 sept ini, mari kita mengkaji rentetan peristiwa yang berlaku sebelumnya.
Persoalan pertama, kenapa DS Anwar Ibrahim, dikatakan hanya menyerang TPM sahaja tidak PM, serang Najib saja tidak serang anak buah Pak Lah lain, tidak serang dasar UMNO atau Barisan Nasional (BN) habis-habisan, yang secara kasarnya memang nampak macam menyerang semuanya...???
Kenapa DS Anwar memilih 16 sept 2008. tidak bulan yang lain..???
Pada segi logikanya, peralihan kuasa dari lompat parti tak mungkin berlaku kerana tidak ada persidangan parlimen yang berlaku dalam bulan puasa ini.
Disebalik ketidak logikanya ini, ianya seolah satu lakunan PKR dalam drama politik mereka untuk melihat respon rakyat terhadap impian perjuangan mereka. Dari respon ini bermacam teori baru boleh mereka ujudkan lagi dalam mencetuskan kerisaun kerajaan Pak Lah khusnya dan rakyat amnya.
Mungkin kerana 16.09.08 ( 1698) tarikh keramat beliau.
Seperti yang di ketahui umum, Parti Keadilan ditubuhkan setelah DS Anwar dipecat dari UMNO. Perjuangan dasarnya lebih kurang macam BN juga, cuma mereka mahukan keadilan dengan mengembalikan hak Anwar ditempatnya. Dalam meraih sokongan Melayu dan bukan Melayu Anwar memperjuangkan semuanya, hak rakyat tanpa kira Melayu Cina dan India. Percakapan DS Anwar berubah mengikut pentas yang dilingkunginya.
Sejarah menunjukkan parti-parti serpihan dari UMNO takkan dapat bertahan lama. Ini satu kenyataan.
Bermula dengan Parti Negara atau IMP ditubuhkan September 1951 oleh Dato’ Onn Jaafar yang keluar meninggalkan UMNO pimpinan Tunku Abdul Rahman (UMNO ditubuhkan 1946). Begitu juga parti serpihan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah berlawan dengan UMNO pimpinan Dr Mahathir, yang akhirnya bersama PAS menawan Kelantan pada 1990.
Kini Parti Keadilan pula, walaupun dah bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia, jadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, namun statusnya tetap disebut ‘Parti Serpihan’. Banyak pengikutnya adalah dari UMNO juga.
Ini mungkin kebetulan sahaja: lambang dajjal dan setan.
Beliau menunggu peluang baik untuk kembali memimpin Malaysia bersama wakil dari BN. Tetapi beliau perlu ada kekuatan di tangannya dan kuasa dari orang dalam wakil BN itu sendiri. Secara kasar kita dapat menebak siapa yang membantu DS Anwar dari dalam UMNO sendiri.
Setelah memenangi kerusi P44. Anwar sudah mula bertaring, dirinya menjadi mahal dan ada kekuatan untuk berunding dengan dengan siapa yang dia mahu. Termasuklah UMNO sendiri, Pak Lah (termasuk menantunya) atau wakil BN.
Dalam masa yang sama, sebelum pilihan raya kecil P44, Anwar sudah mejalankan kerjanya melalui media internet dan risalah risalah sejak beliau dipenjara, blogs penyokongnya begitu ramai di internet. Pikiran orang Melayu terutama golongan muda di racuni dengan fahaman liberal. Tidak hairan sekarang, dalam 8 tahun usahanya, begitu ramai golongan muda melayu(Islam) berfikiran Melayu(Islam) liberal.
Teori-teori memburukkan pemimpin UMNO dan perundangan Malaysia disebarkan. Perjuangan hak sama rata kaum bukan Melayu diperjuangkan. Seolah DS Anwar penyelamat kepada Malaysia.
Malah di jakarta sabtu lepas, 6hb sept 2008, di perjumpaan silaturrahmi DS Anwar dengan ICIM dan Organisasi Islam jakarta, DS Anwar membuat kenyataan disidang akhbar bahawa undang-undang Malaysia merotan Pendatang Indonesia adalah tidak berperikemanusiaan. Dan akan dimansuhkan bila beliau menjadi PM nanti.
Kenyataan akhbar ini tersebar di seluruh akhbar nasional Indonesia.
Bagi saya, kenyataan ini menimbulkan kesan kemarahan yang telah sedia ada pada rakyat Indonesia dan merupakan kenyatan lanjutan pada wancara beliau di TV Indonesia dulu.
Coba Anda bayangkan kesan apa dari kenyataan DS Anwar ini..?
Seolah kerajaan Malaysia menzalimi pendatang tanpa izin Indonesia di sini. Dan kesannya juga adalah beliau sebagai “Hero” penyelamat pada rakyat Indonesia di sini.
Bukankan undang-undang sesebuah Negara itu untuk di patuhi. Dan undang undang tak tertakluk pada mana mana rakyat, tak kira dari Indonesia , Tahiland, Myanmar atau sebaliknya. Kalau melanggar undang-undang wajar di hukum.
Apa sebenar motif kenyataan DS Anwar di Jakarta pada sabtu, 6 sept 2008, kelmarin..??
Seolah perundangan Malaysia dipersalahkan dan kesannya seolah pertuduhan pertuduhan ke atas beliau semuanya salah dan satu konspirasy pembunuhan karektor politik belaiu....???
Hampir 10 tahun rakyat telah diracuni oleh media terutama blog-blog yang mendukung DS Anwar. Yang sedihnya semua yang DS Anwar lakukan jangan dipersoalkan semua betul belaka, yang lain tu semua fitnah dan pembohongan. Dalam ertikata lain banyak yang sudah taksub dengan ucapan Anwar.
Ini lah kejayaan yang amat DS Anwar tunggu-tunggu. Apalagi sokongan oleh rakan-rakannya terpenting dari PAS.
Dalam kerakusan DS Anwar ,untuk menjadi PM dengan jalan yang singkat, ditambah lagi di restui dan dihebohkan oleh PAS. DS Anwar merasakan impiannya akan terlaksana pada sept 16 ini.
Yang hairan bin ajaibnya, semua seolah taksub dan mengiakan teori DS Anwar, bacalah dalam media PAS dan PKR. Apa kita orang Islam lupa pada yang di atas, Apa ALLAH tidak ada perancanganNYA juga. Fikir-fikirkan lah…!!!
Disini kita perlu juga persoalkan kenapa DS Anwar tak sabar nak jadi PM..
Mungkin DS Anwar mahukan “kuasa“, untuk membalas dendam dengan musuhnya sebelum ini......atau,
DS Anwar telah di sponsori sesaorang untuk merubah negara Malaysia dengan sistem Demokrasi Liberal dan membuka peluang kepada pengaruh Yahudi, samada Singapura atau Amerika menguasai ekonomi Malaysia, sebuah negara Islam sedang naik namanya di dunia Islam.
Kenyataan ini nampak ada kebenarannya dengan penguasaan ekonomi oleh negara tersebut dalam banyak business di Malaysia terutama Temasik Group kebelakangan ini
Mungkin DS Anwar merasakan jawatan PM mempunyai “KUASA“ yang boleh mengatasi kuasa perundangan Malaysia..?? maka semua kes beliau dapat disucikan dengan mudah.
Menyedari akan sejarah, parti serpihan tak akan bertahan lama, jalan singkat yang di fikirkan dalam teori beliau adalah “Lompat Parti oleh AP BN“. Tarikhnya adalan 16 Sept 2008, iaitu 2 hari lagi atau terdekat.
Pakatan Rakyat dari DAP, PKR dan PAS memerlukan 30 kerusi parlimen untuk menubuhkan kerajaan pembangkang. Itu teori DS Anwar di atas kertas.
Pada hakikatnya ada lagi kemungkinan yang tidak kita sangkakan, akan berlaku kalau di tinjau akan politik dalaman UMNO kini.
LOMPAT PARTI AHLI PARLIMEN BN KE PAKATAN RAKYAT.
Sapa agaknya yang akan lompat parti..??
GERAKAN..?
MCA...?
MIC..?
PARTI BN dari SABAH dan SERAWAK...?
Apakah umpannya untuk lompat parti ini..???
Seperti yang diketahui umun, pasti tawar menawar berlaku di sini.
Apakah jawatan yang ditawarkan ...???
Ini amat susah untuk di laksanakan, berapa jawatan lah yang sanggup di tawarkan kepada 30 AP yang diperlukan untuk lompat parti.
Apakah projek yang dinanti..???
Ini pun diangap susah kerana apa pun akan berlaku sebelum projek benar benar dalam tangan.
Jadi jika proses Lompat Parti berlaku, tawar menawarnya sudah pasti wang. Wang yang banyak.
Dari mana sumber kewangan ini DS Anwar perolehi..???? Amerika..???
Jangan nak tipu rakyat lagi bahawa yang lompat parti itu kerana sayangkan Malaysia.
Sudah jelas melompat parti itu sendiri telah mencabuli mandat pengundi di bawah tiket BN. Kecuali lah berlaku sebelum penubuhan sesebuah kerajaan selepas pilihan raya.
BAGAIMANA JIKA LOMPAT PARTI BERLAKU.( 16 sept atau terdekat )
Pertama, DS Anwar pasti akan wujudkan politik kerjasama atau Kerajaan Campuran selepas “Lompat Parti“ seperti yang berlaku selepas 13 Mei 1969 di zaman pemerinthan Tun Abdul Razak, PM Malaysia ke2. Pak lah jadi pembangkang pula.
Kedua, Perpecahan dalaman BN terutama UMNO Pak Lah, menyebabkan ramai yang akan pindah ke BA dan mengujudkan parti ciplakan BN dengan DS Anwar.
Ketiga, Kita melihat usaha untuk menjatuhkan TPM, DS Najib, bukan saja dari DS Anwar tapi juga dari dalam perti UMNO sendiri. UMNO dilihat seperti punya 2 nakhoda sekarang. Kemungkinan teori Khairy dan Pak Lah bersama-sama DS Anwar merancang kebangkitan DS Anwar dalam UMNO sebagai penyelamat keadaan. Kemungkinan bila sah ada lompat parti berlaku, DS Anwar sebaliknya berkompromi dengan Pak Lah bukan dengan yang sudah lompat parti....?? siapa tahu..???.
Semuanya nampak berkemungkinan akan berlaku, tapi apalah kita manusia yang merencang, Allah juga yang menentukannya.
Kalau dah terlalu rakus dalam politik, memang lah seperti pepatah mengatakan : kepala belut badan ular, langsung tak oleh percaya.
Kesimpulannya, jika berlaku Lompat Parti dalam kerajaan sekarang, ia merupakan pertanda buruk yang akan berlanjutan dalam sistem politik Malaysia. Satu perkembangan yang amat tidak sihat.
BAGAIMANA JIKA LOMPAT PARTI TIDAK AKAN PERNAH BERLAKU.
Sudah pasti DS Anwar akan mengujudkan bermacam macam lagi teori dan isu-isu hangat dalam meraihkan simpati rakyat terhadap pertuduhan makamah yang sedang beliau hadapi.
Ini boleh saja dengan memburukkan perundangan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia dalam meraih simpati rakyat. Sebagai mana yang sedang beliau rangkakan terhadap Ketua Polis dan Ketua Hakim Negara.
Kegagalan DS Anwar menjadi PM pun harus di fikirkan dengan serius akan kemungkinan kemungkinan yang bakal dan mampu beliau lakukan.
Tindakan segera dan tepat harus di ambil kerajaan, agar keamanan dan keselamatan rakyat terjamin.
PEDULIKAH ANDA..!!!
.
Isnin, 15 September 2008
"ANWAR 16 Sept" - part 3 (politik belut)
ANWAR DAN SEPTEMBER 16, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan