TIPU MUSLIHAT PERANG AMERIKA SUDAH DI KETAHUI DUNIA.
SIAPA YANG BOLEH MENGHALANGNYA...???
PERTAMA : ANCAMAN SERANG SYRIA:
Berikutan pendedahan lapuran UN berkaitan Syria terlibat dengan pembunuhan mantan Perdana Menteri Lebanese Rafiq Al Hariri, Amerika telah memutuskan semua hubungan dengan kerajaan Syria, disampaing kempen pentadbiran Bush untuk memutuskan hubungan dengan President Bashar Al Assad.
Amerika juga menekan akan pengunduran tentera Syria dari Labenon, dimana Syria tidak mempunyai tentera di Labenon terlibat dengan perang Israel.
Kehadiran tentera Syria merupakan jemputan peacekeeping di Labenon.
Pentadbiran Bush seolah mencari permasalahan untuk tujuan menyerang Syria.
Walaubagaimanapun niat Amerika di tangguhkan kerana priority utama adalah menyerang Iran bagi pemulihan ekonomi,US Dollar.
KEDUA : ANCAMAN SERANG IRAN
BOMB NUKLEAR ATAU EURO ?
Iran tidak memberikan sebarang ancaman kepada United State samada projects nuklearnya, WMD( Weapon of Mass Destructive) atau sokongan kepada perkumpulan terrorist sepertimana di nyatakan oleh pemerintah Amerika.
Ianya sebenarnya bertujuan membentuk kembali apa yang sedang berlaku kepada ekonomi dunia yang sedang menukar system petrodollar ke petroeuro. Pertukaran dagangan dari petrodollar ke petroeuro merupakan“perang ekonomi“ yang sedang Amerika alami. Ini boleh mengakibatkan kejatuhan pendapatan kepada kompany Amerika dan langsung merudumkan lagi ekonomi Amerika.
Sebenarnya pada pertengahan tahun 2004 Iran telah membuka Bursa Saham Pertukaran Minyak Antarabangsa dengan pegangan matawang Euro. Banyak pengeluar minyak dunia dan pengguna minyak dunia beralih ke bursa ini. Ini menjejaskan dua syarikat bursa minyak iaitu IPE (London International Petroleum Exchange) dan NYMEX( New York Mercantile Exchange) yang dikuasi Amerika.
Walaubagaimanapun, tidak semua pengguna minyak dunia yang menggunakan Euro akibat dari standard kewangan dunia dan juga penyimpanan US dollar dalam simpanan kewangan Bank central mereka, yang mengukuhkan ekonomi Amerika.
Sekiranya Iran dan kebanyakan Negara OPEC beraleh ke petroeuro sudah pasti akan melemahkan petrodollar dan langsung ekonomi Amerika.
Dengan kemelut yang melanda ekonomi Amerika sekarang ini, Pelabur pelabur dunia sudah mengeluarkan dollar dari simpanan mereka dan beralih ke euro dengan keadaan ekonomi Amerika yang bergoncang dan tenat kini. Ini mengakibatkan kejatuhan dollar terus merudum.
Bayangkan dollar yang banyak bertumpuk tanpa activity. Hanya di pasaran commodity itupun terhad, akibat pengeluar tidak mengeksport komodity mereka takut akan pegangan US dollar yang makin merudum.
Kini matawang US dollar dan Euro masih nampak terkawal. Walaupun Euro menampakkan pegangan yang kukuh. Amerika pasti akan cuba melakukan sesuatu samada di dalam Negara atau luar Negara untuk menyelamatkan keadaan.
Nuclear bomb atau Euro ?
Kejatuhan dollar akan bertambah, dengan “kebimbangan“ bank dunia terhadap ekonomi Amerika. Juga kenaikan defisit Amerika yang mendadak.
" Perang ekonomi " antara Amerika dan Iran ini sebenarnya sama seperti yang berlaku pada Iraq pada tahun 2000. Sadam telah menukar semua dollar dalam simpanannya ke Euro. Dan meminta semua urusniaga minyak dalam Euro. Kini Amerika sedar ianya satu ancaman kepada ekonomi nya apabila banyak bank central di dalam dunia mula menyimpan Euros bersaing dengan US dollar sebagai simpanan Negara ( Russian dan Chinese centralbanks in 2003 ).
Sebagai mengelakkan kejatuhan ekonomi yang berterusan, Iraq diserang dengan alasan yang tak munasabah, WMD. Juga memberikan ancaman kepada keputusan OPEC dengan menakluki Iraq, simpanan minyak ke dua terbesar.
Kini penjualan minyak Iraq di kembalikan ke petrodollar standard.
Walaupun ancaman dari Amerika, Iran tidak berhenti menggunakan pembayaran minyaknya dalam Euros untuk Negara Europah dan Asian sejak 2003.
Kini banyak Negara seperti Rusia , Amerika Latin dan juga Pelabur Saudi telah menggunakan Euro.
Kesungguhan Iran, menyebabkan politik Amerika berkempain menggunakan alasan sama mereka menyerang Iraq: WMD dalam bentuk bomb nuclear, menyokong “terrorist” labenese Hezbollah dan memberikan ancaman kepada process perdamaian timur tangah.
Apakah Amerika akan lakukan?. Adakah Amerika akan menyarang Iran seperti menyerang Iraq.?
Iran tidak sama dengan Iraq; Iran memiliki kekuatan tentera di pulau Abu Mousa yang mengawal pintu masuk Selat Hermuz di pintu masuk Teluk Persian. Iran yang menguasainya boleh menutup pintu masuk ke teluk dan menyekat pengeluaran minyak melalui kapal tanker ke seluruh dunia. Ini akan memburukkan lagi masalah minyak dunia. Dan memburukkan lagi harga minyak didalam Amerika sendiri.
Disamping Iran juga mempunyai peluru berpandu yang sudah ditunjukkan kepada dunia dengan beberapa kali ujian yang berjaya.
Kemungkinan Amerika harus berhadapan dengan perang nuclear. Yang tak secara langsung akan melibatkan kawasan sekeliling menjadi medan tempur termasuklah dengan Israel.
Ini menyebabkan Israel kini, sedang bersungguh membuat latihan perang untuk menyerang reactor nuklear Iran, dan dijangkakan akan berlaku tahun depan 2009. Ancaman Iran ini menggugat kekuasaan tentera Israel di timur tengah.
Kesan dari ini menjadikan perlumbaan senjataan Nuklear di antara Israel dan Iran bertambah serius. Iran telah melaburkan dengan banyak dalam memperolehi taknologi nuklear ini dan tidak akan berundur darinya.
Kenyataan dari lapuran Rusia, Iran mempunyai ramai ahli biologi dari Rusia yang berkemungkinan membina ABW ( Advance Bio War ). Virus pembunuh buatan yang begitu mudah dikendalikan tanpa teknologi tinggi.
Tidak seperi Iraq, Iran akan melakukan serangan agrisif jika mereka di serang.
Perancangan “BOM Negara Iran“ sudah tidak dapat dipersoalkan lagi.
Persoalanya hanya:
Bila ianya akan berlaku?
Siapa yang akan terlibat secara langsung? (Israel? Amerika? UK ? FRANCE.?)
Teknologi yang akan mereka gunakan terhadap Iran?
Apakah kesan dari peperangan nuklear ini?
APA KESANNYA PADA EKONOMI DUNIA DAN MALAYSIA AMNYA.
Berdoalah agar perang ini tidak terjadi.
PEDULIKAH ANDA.....!!!!
.
Sabtu, 20 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan