I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 16 September 2008

POLITIK BELUT ANWAR.- Part 4


JANGAN TIPU RAKYAT LAGI:

Apa kah TIPU itu dibolehkan dalam perjuangan PAS...????

Apakah PAS sudah melihat dan mengkaji dasar dan planning kawannya dari DAP dan PKR..???




DS Anwar Ibrahim (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu pejabat PKR, kelmarin.
Turut kelihatan, Lim Kit Siang (kiri) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto Reuters
Kelmarin, Anwar memberitahu pemberita yang Pakatan Rakyat terpaksa menangguhkan hasrat mengambil alih kerajaan pada 16 September ini atas alasan tarikh yang ditetapkan itu tidak lagi sesuai berikutan beberapa perkembangan terbaru politik negara.
Kini, Anwar memberi tiga alasan berbeza berhubung penangguhan pembentukan kerajaan, iaitu Parlimen tidak bersidang, Ahli Parlimen BN ke Taiwan dan penahanan tiga orang termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Memang sudah di jangkakan tidak logikanya tarikh tersebut kerana tiada persidangan parlimen. Semuanya hanya lakunan politik Anwar bersama PAS dan DAP melihat respon rakyat untuk planning seterusnya.
Walau apa pun kita akan melihat lagi janji Anwar dan lakunannya dalam masa terdekat ini dalam meraih simpati rakyat. Itu lah yang sebenarnya Anwar lakukan, Mind Setting untuk rakyat yakin dan taksub dengan beliau. Malang sekali seorang pemimpin PAS ,Abdul Hadi Awang , pun nampak sudah seperti taksub dengan Anwar.
Apapun PAS terlibat juga dengan lakunan -lakunan Anwar dan DAP, dalam bahasa lainnya PAS bersekongkol.
PEDULIKAH ANDA..!!!
.

Tiada ulasan: