BETUL ker Datuk Zaid Ibrahim letak jawatan atas alasan alasan ISA.
Pertahan PM: Zaid hairan dikenakan tindakan
UMNO,Barisan Nasional,BN. Pertahan PM: Zaid hairan dikenakan tindakan. Oleh NORILA DAUD. KUALA LUMPUR 31 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim hairan mengapa UMNO mahu mengenakan tindakan terhadapnya hanya kerana beliau bertindak mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Zaid telah dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana didakwa menyalahi pekeliling yang diedarkan oleh ibu pejabat parti, yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.
Kini beliau sendiri mempertikaikan keputusan kerajaan dalam isu ISA dimedia tempatan. Nampaknya beliau sengaja menjerat diri. KENAPA ..? Harus ke lembaga Disiplin lagi..bukan UMNO tapi BN.
Zaid tetap enggan umum jumlah ex-gratia bekas hakim. KUALA LUMPUR 24 Julai - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Zaid Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengumumkan jumlah bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain.
Tindakan Zaid membayar x gratia menimbulkan banyak kontroversi apa lagi jumlahnya di rahsiakan.
UMNO Cheras minta Zaid Ibrahim letak jawatan. KUALA LUMPUR 11 Ogos – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikap berdiam dirinya berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan Ketuanya, Datuk Syed Ali
Penganjuran Majlis Peguam mengadakan forum :memeluk Islam, mendapat bantahan meluas seluruh negara. Di mana fikiran Zaid....!! Memang tepat kalau dikatakan MUSANG BULU AYAM dalam UMNO dan BN.
Makan Malam Peguam: Kerajaan sumbang hampir RM82,000. KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kerajaan menyumbangkan RM81,965.75 bagi membiayai Majlis Makan Malam anjuran Majlis Peguam pada 17 April lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Apa sebenar yang Zaid lakukan dengan Majlis Peguam ini. DEWA PENYELAMAT pada MPM ..?????
BPR siasat aduan politik wang. Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM. KOTA BHARU 17 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung beberapa laporan politik wang yang didakwa berlaku dalam mesyuarat-mesyuarat UMNO cawangan di negeri ini.
Hairan bin Ajaib, BPR siasat politik wang di kawasan Zaid bertanding. Kenapa tidak di siasat di tempat lain yang juga di lapurkan. Kuat pengaruh Zaid....!!! Malangnya tiada apa yang di perolehi memihak kepada Zaid.
Zaid bosan dengan pemilihan ketua bahagian. KOTA BHARU 14 Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim 'bosan' dengan cara pengendalian mesyuarat cawangan yang seolah- olah peraturannya hanya ditentukan oleh Ketua UMNO Bahagian.
Sebenarnya peluang Zaid untuk bertanding bagi mendapatkan semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu semakin tipis. Selepas kesemua cawangan selesai bermesyuarat, Zaid hanya memperoleh 16 pencalonan, manakala saingannya, Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh sebanyak 87 pencalonan.
Zaid Ibrahim letak jawatan bukan kerana berbalah tentang ISA. Sebab utama ialah kerana Zaid Ibrahim kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu kepada Datuk Fatmi. Mana nak letak muka seorang menteri kalah dan tidak cukup pencalonan untuk lawan Ketua Bahagian.
Demi menjaga maruah, Zaid kena tunggu masa sesuai untuk letak jawatan dalam cara yang nampak bermaruah dan glamour. ISA dijadikan alasan Zaid. Bila Zaid buat begitu, orang akan anggap Zaid sebagai hero.
Kalangan peguam akan sanjung Zaid sebagai seorang yang berani dan berpendirian. Zaid kalau terus jadi menteri pun, dia tak yakin sama ada akan kekal atau tidak di zaman Najib. Sudah tentu melawan Datuk Fatmi yang merupakan bekas SU Politik Najib seolah melawan Najib di Kota Bharu.
Lebih baik berhenti dari digugurkan.
BERAMBUSLAH MUSANG BERBULU AYAM DI DALAM UMNO.
PEDULIKAH ANDA....!!!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan