I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 17 September 2008

ANWAR ANGKAT SUMPAH....!!! Politik belut - Part 5

" DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TELAH MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN PERDANA MENTERI DIHADAPAN YDP AGONG.


TURUT HADIR PEMIMPIN TERTINGGI PKR, DAP DAN PAS, LIM KIT SIANG DAN DS USTADZ HADI AWANG.


WALAUBAGAIMANAPUN YDP AGONG HANYA MEMANDANG SAHAJA KERANA UPACARA ITU DIADAKAN DI DEPAN GAMBAR YDP AGONG DIRUMAH DS ANWAR DI BUKIT SEGAMBUT. "


MUNGKIN ITU LAH MIMPI DS ANWAR KELMARIN, MIMPI DI ATAS BUKIT SEGAMBUT.





Lepas ini apa lagi mimpi DS Anwar buat rakyat, yang sudah taksub dengan semua kelibatnya.


APA YANG SEBENAR ANWAR TELAH DAN AKAN LAKUNKAN....???


Pertama: Meraih simpati rakyat.

Dengan menggunakan Internet, Media PKR dan lain beliau telah lama menghebohkan seolah perundangan Malaysia Korupsi, begitu juga Polis lebih lagi kerajaan pemerintah.



Banyak tajuk akhbar PKR dan Blog Anwar dan penyokongnya memainkan peranan dalam meracuni minda rakyat bertahun lamanya. Seperti "Kerajaan menzalimi pekerja Indonesia", "Jangan jadikan Malaysia seperti Zimbawe", "Polis zaimi rakyat" dan ll. Berita dan ulasan yang berulangkali oleh media PKR dan penyokong Anwar ini seolah semuanya benar berlaku.



Anwar juga sering menggunkan Isterinya Wan Azizah yang berwajah lembut dan "inocent" pada rakyat. Seolah wajah "inocent" isterinya itu mencerminkan suaminya, inilah "mind setting" yang juga dimainkan oleh Anwar.



Ini bertujuan untuk menunjukkan kes beliau pada tahun 1988 adalah "Pembunuhan Karector Politik" beliau oleh Tun Dr Mahathir. Apa sahaja yang boleh di ujudkan untuk menyalahkan TUN diadakan. Sehingga TUN di anggap diktator yang zalim kerana menjatuhkan Anwar dengan kes "liwat". Kononya beliau marahkan TUN kerana telah mencuri berbilon ringgit dapen mata beliau.

Banyak video clip PKR di youtube menceritakan kezaliman TUN dan Polis kepada beliau. Sehinggakan ramai yang percaya ada satu video clip yang TUN mengaku telah menzalimi Anwar. Walaupun sedikit yang benar benar percaya, lama kelamaan fikiran rakyat diracuni Anwar.

Siapa sahaja yang tak puas hati dengan kerajaan , Anwar akan bantu. Isu kaum, isu kuil, isu apa aja lah. Sehinggakan isu penghukuman pekerja Illigal Indonesia pun Anwar perjuangkan, katanya undang Malaysia zalim. Kerajaan Malaysia zalim. Lama lama pasti fikiran rakyat yang kurang mengkaji termakan juga kata kata beliau.



Tujuannya sebenar agar Anwar di anggap "Hero" atau "Dewa Penyelamat". Anwar betul .Anwar berani , Anwar ramai penyokong, Anwar dizalimi dan Anwar macam macam lagi.


Bertahun tahun rakyat di racuni dengan kenyataan Anwar dan PKR. Sampai ada topeng muka Anwar di edarkan seolah Anwar itu satu figure idola pada kanak-kanak. Macam cerita filem Vendeta aja.

Kes Lingam contohnya, untuk menjeratkan TUN dan perundangan Malaysia. Bagi yang tak faham, perundangan Malaysia rasuh dan TUN juga rasuah. Kalau perundangan Malaysia rasuh, peguam juga terlibat rasuh lah. fikir fikirkan lah.

Dengan kes liwat terbaru, terus Ketua Polis dan Hakim Negara di BPRkan. Seolah beliau di zalimi.

Anwar juga telah mengadakan banyak kelab penyokong beliau seperti AIC, Anwar Ibrahim Club, bloggers club dll bagi tujuan mempengarui minda dengan bermacam cara. Akhirnya Anwar juga "hero" yang boleh di harapkan....


Kedua: Merungsingkan Kerajaan.


Dalam masa yang sama Anwar juga memberikan tekanan kepada kerajaan dan pemimpin yang dia benci. Bermacam isu di bangkitkan. Bermacam teori dan kenyataan di keluarkan dalam memusnahkan kewibawaan kerajaan.



Yang terbaru isu lompat parti dan Sept 16.


Apakah sebenarnya yang akan berlaku..?


Sebenarnya hanya teori yang dihebohkan disamping cuba merealisasikannya kalau kalau berhasil.


Anwar hanya bermain dengan teori teorinya. Tapi dilakunkan seolah benar akan berlaku. Ini bertujuan menganggu perjalanan kerajaan dan melemahkan lagi pentadbiran kerajaan yang sudah di anggap lemah.


Semua teori ini nampak real dengan bantuan kelab penyokong dan yayasan-yayasan yang sudah taksub dengan beliau. Tindakan beliau hanya untuk mengkucar kacirkan pentadbiran Pak Lah dan juga menimbulkan keresahan pada rakyat yang perihatin.


Apa yang diharapkan beliau adalah membentukkan satu situasi yang rumit bagi Pak Lah menyelesaikannya.

Anwar akan ketawa besar melihat keadaan ini.

Akhirnya Pak Lah berkompromi dengan Anwar. Anwar diangkat sebagai Dewa Penyelamat pula oleh Pak Lah.




Hanya Allah yang mengetahui segalanya....

PEDULIKAH ANDA....!!!

.

Tiada ulasan: