Selasa, 26 Ogos 2008
MELAYU MASIH BODOH...?
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA (Part 3)
Terlebih dahulu saya mohon pada semua untuk membaca dulu artikel ini sebelum berkomentar terhadap tajuk ini. Ini sebenarnya bertujuan untuk kritikan membina bagi kita semua, termasuk saya agar menjadi Melayu (Islam) yang lebih baik.
Doa musnah sesama Islam’
PERMATANG PAUH 25 Ogos – Majlis solat munajat meminta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Bandar Baru Perda malam semalam turut bergema dengan doa meminta ‘dimusnahkan’ Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah... musnahkan Mohd. Saiful... (Tan Sri) Musa Hassan... (Tan Sri) Gani Patail... (Datuk Seri) Najib...”
Bacaan doa tersebut dipimpin oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.
Mendoakan keburukan untuk orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Rasulullah SAW melarang umatnya berdoa seperti yang dilaungkan di Masjid Bandar Perda itu.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berceramah di masjid itu. Bagaimanapun beliau hanya tiba selepas waktu Isya dan tidak menyertai majlis doa munajat itu.
Ramai ahli Pas dari luar kawasan turut hadir di Masjid Bandar Baru Perda dan mereka melaungkan takbir bertalu-talu.
Majlis solat munajat Pakatan Rakyat turut diadakan di beberapa masjid lain sejak Jumaat lalu.
Sedih melihat orang Melayu(Islam) sekarang.
Ugama Islam seolah dimain-mainkan. Apa peranan Ulama dalam isu sumpah marhabalah, isu pegang Al Quran semasa sumpah adalah ikut Kristien. Dan yang terbaru Imam mendoakan kemusnahan sesama Umat Islam di Mesjid Bandar Perda.
Sebenarnya percangahan pendapat dan kekeliruan yang berlaku harus diambil berat oleh para Ulama, pemimpin agama, dan kanyataan segera harus di keluarkan segera agar masyarakat Islam tidak tersalah tafsir.
Disebabkan para Ulama tidak bersuara dan mengeluarkan kenyataan, semua perbuatan dan kenyataan mereka itu di anggap benar. Apa lagi mereka yang berkenyataan adalah di golongan pemimpin politik. Ini akan merosakkan perpaduan umat Islam (Melayu) itu sendiri.
Apakah peranan yang telah di ambil oleh Menteri Agama Malaysia.???
Apakah para Ulama menjalankan amanah dan tanggung jawab mereka…???
ATAU
PEMIMPIN DAN ULAMA AGAMA JUGA TAK BOLEH DIHARAP: BODOH MACAM KAMI...!!!!!
Yang menakutkan kami, seandainya ulama dan pemimpin agama kita diMalaysia juga sudah di beli atau diracuni, seperti yang berlaku di negara jiran kita.
Seperti dalam artikel pepecahan umat Islam part 1 yang lalu, timbulnya konsep baru dalam kefahaman Islam seperti Islam Liberal (JIL) merupakan satu tipu helah dalam memesongkan aqidah umat Islam sejagat sejajar dengan perkembangan dunia morden. Ianya dicetuskan oleh Leornard Binder, diantara sarjana Barat keturunan Yahudi
Munculnya ulama dan pemimpin Islam yang memesongkan pemikiran dan aqidah umat Islam dari kalangan agen Amerika @ Yahudi-zionist. Dari buku The CIA at War, yang menceritakan program membeli ulama dan pemimpin Islam dalam menghadapi sentimen-sentimen anti Amerika di dunia Islam dan Arab. Dalam wawancara pengarang buku tersebut dengan George Tenet (Direktor CIA), ditegaskan bahwa Amerika menemukan ruang untuk melawan gelombang anti Amerika dengan cara menyuap para ulama atau menciptakan ulama palsu dan merekrut tokoh-tokoh agama dan politik Islam sebagai agen.
PEDULIKAH ANDA...!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
melayu ku bodoh!!!!!!
setiap penyakit ada ubatnya
sekiranya bodoh adalah penyakit
ubatnya mestilah ilmu
jadi,mari kita mengajar dan bahu-membahu kepada melayu yang bodoh,bebal,baghal,dungu dan seangkatan dengannya untuk jadi pandai
Catat Ulasan