PRU12: Pulau Pinang P44: N10, N11, N12
P44 PERMATANG PAUH
Jumlah Pengundi: 58,449
Peratusan Kaum: M: 68.5% C: 24.79% I: 6.3% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.41%
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338)
2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950)
Majoriti: 13,388
Jumlah undi: 47,398
Peratus mengundi: 81.09%
Undi rosak: 110
Penyandang: Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
(Majoriti: 590 undi)
N10 SEBERANG JAYA
Jumlah Pengundi: 22,678
Peratusan Kaum: M: 62.36% C: 23.97% I: 13.13% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.54%
1. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) (9,395)
2. Ramli Bulat (PKR) (8,862)
Majoriti: 533
Jumlah undi: 18,479
Peratus mengundi: 81.48%
Undi rosak: 222
Penyandang: Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN)
(Majoriti: 4,464 undi)
N11 PERMATANG PASIR
Jumlah Pengundi: 20,350
Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.14%
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)
Majoriti: 5,433
Jumlah undi: 16,802
Peratus mengundi: 82.57%
Undi rosak: 227
Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
(Majoriti: 679 undi)
N12 PENANTI
Jumlah Pengundi: 15,421
Peratusan Kaum: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % B/Sab: % B/Swk: % L: 0.57%
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346)
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127)
Majoriti: 2,219
Jumlah undi: 12,657
Peratus mengundi: 82.08%
Undi rosak: 184
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)
(Majoriti: 667 undi)
_____________________________________
Pertembungan yang di katakan antara buku dan ruas. antara guru dan murid. Dari kenyataan yang tersebar luas ianya merupakan bertarungan antara 2 penjuru BN dan PR. Walaupun Anwar Ibrahim dikatakan akan memenangi kerusi P44 yang di lepaskan oleh isteri beliau, Presiden Parti Keadilan Rakyat, namun tentangan hebat pasti diberikan oleh parti BN.
Setakat ini calon yang akan bertanding adalah :
1) Dato Sri Anwar Ibrahim dari PKR dan
2) Datok Arif Sharif dari UMNO.
Tetapi ramai juga yang mengharapkan pagi ini, 16 Ogos 2008 hari penamaan calon bagi P44, ada calon bebas yang berani bertanding dalam memecahkan majoriti, langsung menang dalam pilihanraya kecil ini.
Ini berikutan isu-isu semasa dari BN dan PR yang dikatakan mempunyai masalah dalaman yang tak menentu.
Jika di perhatikan majorit kemenangan PR dari tahun 2004 dan 2008 kita dapati satu perubahan besar "Tsunami" dalam peningkatan rakyat memilih pembangkang pada tahun 2008.
Kajian Majoriti:
UntukP44
Tahun 2004 PKR menang dengan majority 590 undi
Tahun 2008 PKR menang dengan majoriti 13,388 undi
Pertambahan majoriti sebanyak +27 % secara keseluruhan kepada pembangkang.
Untuk N10
Tahun 2004 BN menang dengan majoriti 4,464 undi
Tahun 2008 BN menang dengan majoriti 533 undi
Pengurangan majoriti sebanyak - 21.6 % kepada kerajaan BN.
Untuk N11
Tahun 2004 PAS menang dengan majoriti 5433 undi
Tahun 2008 PAS menang dengan majoriti 679 undi
Penambahan majoriti sebanyak + 28.3 % kepada pembangkang.
Untuk N12
Tahun 2004 BN menang dengan majoriti 667 undi
Tahun 2008 PKR menang dengan majoriti 2219 undi
Penambahan majoriti sebanyak +22.8 % kepada pembangkang.
Dari analisa majoriti diatas, seperti yang pernah diterangkan oleh penganalisa politik, perubahan penggundi sebanyak 22% ke 28% kepada pembangkang disebabkan banyak faktor.
- Pengundi UMNO yang tidak puas hati dengan pimpinan DSAAB, beralih ke pembangkang sebagai bantahan.
- Pengundi muda BN yang mahukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan menyokong pembangkang sebagai bantahan, terutama isu minyak dan kenaikan harga barang.
- Pengundi India beralih ke pembangkang dengan kegagalan MIC menangani isu HINDRAF.
- Pengundi Cina (perti gerakan) juga beralih ke pembangkang dangan janji janji kesama-rataan DAP, kerana parti gerakan dianggap lemah dalam memperjuangkan impian mereka.
4 perkara diatas adalah penyumbang besar kepada Tsunami yang berlaku pada PRu12 kelmarin.
DARIPADA calon-calon dari N10,N11 dan N12 yang lepas ia merupakan pertembungan di antara orang Melayu: PAS, PKR dan UMNO. akan tetapi 20% ke 30% pengundi kaum bukan Melayu adalah pendorong kepada kemenangan.
Dalam percaturan diatas, PAS sedar akan kepentingan sokongan mereka dalam kemenangan mutlak kepada DSAI di P44 ini. PAS pun mula menyuarakan hasrat dan peranan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat. Dalam muktamar PAS pusat yang sedang berlangsung bermacam keluhan didengar oleh wakil PAS berkenaan PR, terutamanya berkenaan isu PAS disisihkan dalam banyak hal dalam PR. Kini tepat pada masanya PAS mula membuat tuntutan.
Adalah menjadi tanda tanya pada masyarakat umum, kenapa baru sekarang PAS menyuarakan hasrat mereka, setelah hampir setahun berkongsi pemerintahan dalam PR.
Apakah PAS juga bersikap "menangguk di air yang keruh"...???
Apakah PAS tahu DSAI terpaksa lepaskan impiannya, kerana dakwaan liwat kali ini...?
DSAI tidak dapat memberikan sebarang komen yang jelas tentang tuntutan PAS ini, kerana kemenangan beliau sangat jelas bergantung dengan pengundi-pengundi PAS.
Walaubagaimanapun, tunggu dan lihat siapa yang akan hadir pada pagi ini, 16 Ogos 2008, di penamaan calon Permatang Pauh. Apakah akan ada calon bebas yang akan muncul bertanding...??? Barulah dapat dinilai siapa sebenarnya pilihan rakyat.
Mudahan kali ini penggundi sudah bijak untuk menilai dan memilih diantara kaca dan permata.
PEDULIKAH ANDA......!!!!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan