I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 15 Ogos 2008

PERPECAHAN UMAT ISLAM ( MELAYU );PART 3



SEANDAINYA ANWAR BERSALAH ...ATAU.... TAK BERSALAH..


Mengkaji perpecahan kaum Melayu, dapat dilihat kaum Melayu kian lemah dan berpecah belah kerana majoriti masing-masing menyokong parti yang berlainan ideologi tanpa sikap terbuka, UMNO, PAS dan PKR.


Seperti yang di katakan sebelumnya, perpecahan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan umat Islam(melayu), amat terkait dengan sikap taksub dan fanatik terhadap satu pendapat atau parti lalu cuba memonopoli pendapatnya agar semua mengikutinya tanpa menghormati pandangan orang lain. Bak kata, “kita saja betul orang lain salah”.


Tidak jauh bezanya dengan perpecahan umat Islam dunia, terdapat musuh Islam(Melayu) yang giat menjalankan aktiviti dalam memporak peranda perpaduan orang Melayu di Malaysia. Kelemahan orang Melayu yang majoriti rakyat Malaysia ini diambil kesempatan oleh mereka dalam merealisasikan agenda mereka. Ini sudah dapat di rasakan kini dengan berbagai isu sudah berani di utarakan secara terang-terang baik dari kaum lain juga kaum Melayu(pembelot Melayu) itu sendiri.

Secara jujur orang Melayu, harus bijak menilai sesuatu masalah yang sedang hadapi dengan sikap terbuka.

Isu pemilihan P44, di Permatang Pauh yang melibatkan wakil sensai Anwar Ibrahim. Sudah pasti isu peribadi beliau 'isu liwat' juga akan menjadi satu senjata untuk berhadapan dengannya. Isu liwat, adalah merupakan satu isu yang menjijikkan untuk diperdebatkan.


Apakah penggundi yakin dan sahih Anwar tidak melakukannya..?? juga

Apakah penggundi yakin dan sahih Anwar melakukannya..???



Perkara memilih pemimpin ini bukan boleh di anggap mudah seperti membeli ikan ikan di pasar, yang mana nampak segar dipilih. Yang segar itu adakalanya yang banyak racun, formalin. Tersalah memilih pemimpin maka akan terpilihlah "Musang yang berbulu Ayam", Maka bermaharaja-lelalah "Musang" dengan ayam-ayamnya.

Tapi kenapa kita orang Melayu(Islam), tak pernah belajar dari sejarah zaman kegemilangan Islam semasa Nabi Muhammad saw dan khalifah selepas baginda. Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah menentukan siapa penganti(Khalifah) selepas wafatnya baginda. Ini adalah kerana Nabi Muhammad saw telah meninggalkan mukjizat terbesar iaitu Al Quran sebagai pedoman kepada umat manusia hingga akhir zaman dan sunah nabi sebagai ikutan umat Islam.

Jadi, dalam memilih pemimpin ini, jangan kita terlalu taksub, Anwar bersalah atau Anwar tak bersalah yang akibatnya orang Melayu itu berpecah-belah. Kita berbaliklah kepada Al Quran dan Sunah.

Pilihlah pemimpin yang betul betul ikhlas dan bersih dengan perjuangan jalan Allah demi agama, bangsa dan tanah air Malaysia.
Kajilah pemimpin itu sehalus-halusnya, kaji sejarah perjuangannya, kaji peribadi dan tingkah lakunya dan sahabat-sahabatnya, kaji arah tuju perjuangannya dan jangan kita hanya mendengar ceramah tanpa menilai siapa diri penceramah itu. Bukan mudah untuk memilih dan menjadi pemimpin atau khalifah ini. Kepentingan agama dan rakyat harus di utamakan. Mudahan kita tidak digolongan yang lalai.

Sekarang ini, orang Kafir pun sudah pandai dan berani berceramah tentang Islam.




PEDULIKAH ANDA...fikir fikirkan..!!!

==================================

Tiada ulasan: