I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 18 Ogos 2008

P44: Permatang Pauh(N10.N11,N12): Part 3


PR : BN : AKIM



PAKATAN RAKYAT:

Di wakili penasihat parti sendiri dari PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim,62.

Pilihanraya kecil kali ini, kerana pelepasan isteri beliau, presiden PKR, sebagai ahli parlimen bagi memberi laluan beliau bertanding demi cita-cita beliau yang tersebar luas untuk mengambil tumpuk pemerintahan kerajaan Malaysia sebagai Perdana Menteri tanggal 16hb September ini. Anwar begitu yakin beliau akan menang dan sekali gus menjadi PM pada 16hb Ogos ini. Kali ini Anwar berkempen dengan Kempen Merdeka beliau.

' Merdeka Campaign'
Meanwhile, Anwar has themed the by-election as the "Merdeka Campaign", a campaign to rid Malaysia from political tyranny, and "to save our nation from all wrongdoings, mischief and oppressive governance".



Apakah beliau dan penyokong fanatik beliau yakin akan semua perancangan Anwar.

TIDAK pernah terfikirkah,… ALLAH juga merancang tetapi yang sebaliknya??


BARISAN NASIONAL

Diwakili oleh oleh calon dari UMNO, iaitu Dato Arif Sharif Omar Sharif

Berumur 52 tahun dan merupakan adun Seberang Jaya.N12. Merupakan calon UMNO yang terbaik oleh penduduk setempat kerana kewibawaan beliau dalam masyarakat setempat.

Dato Arif Sharif yang fasih berbahasa mandarin merupakan satu pengaruh yang diperkirakan untuk meraih kembali sokongan pengundi kaum China kepada BN.





ANGKATAN KEADILAN INSAN MALAYSIA:



Diwakili oleh presiden parti, Hanafi Mamat,61. Beliau merupakan calon yang tidak disangkakan dan dikatakan bukan lawan untuk PR dan BN.

Tidak banyak yang diketahui tentang calon AKIM ini. Yang jelas beliau merupakan seorang peniaga dan bapa kepada 12 orang anak.

Hanafi Mamat sebelum ini merupakan ahli PAS dan pernah memegang jawatan penting dalam PAS setempat dan negeri.

Tahun 1995 beliau meninggalkan PAS atas dasar perjuangan. Beliau kemudian mengetuai AKIM sebagai president parti. Bolehlah dikatakan AKIM ini merupakan parti serpihan PAS.

Beliau pernah bertanding pada tahun 1999 bagi kerusi parlimen Pasir Putih dan Kota Baharu tapi tewas.

Beliau mendakwa mempunyai 15,000 anggota seluruh Negara.

===================================


PELUANG SETIAP CALON :

Permatang Pauh sebelum tahun 1998 merupakan kawasan tradisi PAS. Setelah isu pemecatan Anwar, dan kehadiran PKR, rakyat nampak banyak bersimpati dengan Dr Wan Azizah dan PKR menang.

Walaupun Anwar dikatakan favorite untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini, tetapi berbagai isu yang kritikal tentang peribadi beliau dan hala tuju PKR dipersoalkan terutama menjelang Pilihanraya kecil ini.

Ramai penyokong kuat PR dari golongan melayu profesional amat tidak puas hati dengan hala tuju PKR sekarang ini yang berkompromi disebalik demokrasi, keterbukaan dan kebebeasan bersuara yang di ubahsuaikan untuk melemahkan Melayu dan Islam.

Ini jelas dengan apa yang telah di laksanakan oleh DAP dalam PR. PAS sudah mula berani bersuara bahawa percaturan yang berlaku sekarang banyak menampakkan yang PKR kini adalah parti yang bersikap akomodatif dan rela mengorbankan Melayu dan Islam demi mendapat undi bukan Islam. Anwar nampak jelas kini jarang melaungkan Melayu dan Islam dalam setiap ceramah beliau.

Seperti Dr Mansor yang menarik diri selepas mencalonkan diri setelah penamaan calon kelmarin, adalah mantan setiausaha keadailan, merupakan “Spare Tyre“ PKR seperti kenyataan Azmin Ali. Tidak hairan juga, Hanafi Mamat adalah “Spare Tyre“ kepada PAS.

Kenyataan Azim Ali bahawa Dr Mansor merupakan “calon safety” kepada PKR menimbulkan banyak speckulasi tenteng keyakinan PKR untuk menang di Permatang Pauh kali ini sudah goyang.

Apa benar Anwar goyang.??

Anwar Ibrahim kini harus lebih berhati dalam setiap kempennya. Kalau silap berkempen Tsunami baru pula akan berlaku dimana PKR akan kehilangan pengundi PAS ke AKIM.

Dari maklumat yang diperolehi sejak penamaan calon kelmarin Anwar kali ini bermain dengan simpati rakyat terhadap dirinya untuk menambahkan keyakinan rakyat pada “Kempen Merdeka“ beliau.

Kenapa perlu meraih simpati rakyat dengan mengatakan beliau sudah kehabisan fund untuk berkempen.???

Tidakkah beliau memerlukan fund yang jauh lebih besar untuk membelotkan AP BN yang akan menyertai beliau pada tangal 16 sept ini untuk memenuhi hasrat beliau menjadi PM.???
Memang benar Anwar pandai berlakon dan merupakan pelakun handalan. Lebih baik dari pelakon drama tempatan. Perwatakan yang di bawa amat bagus sekali, dengan penjiwaan watak yang hebat.

Penunton yang taksub dan fanatik akan terlopong mulutnya mendengar dan melihat lakunan Anwar. Ada yang melelih air liurnya melihat lakunan Anwar. Seperti peminat filim hindi, ada yang mengalirkan air mata dan marah simpati semasa melihat watak hero mereka dianiaya, itulah yang Anwar lakukan.

Secara diam Anwar membasuh minda rayat tanpa di sedari. Lama kelamaan terbentuklah kelompok penyokong yang terlalu taksub dan fanatik dengan segala yang Anwar lakukan tanpa boleh menilai baik atau buruk lagi.

Walau pun ramai penyokong fanatik Anwar, pengundi tidak perlu gusar,kerana bukan semuanya adalah pengundi di Permatang Pauh.

Hakikatnya, pertembungan diantara 3 penjuru ini menampakkan satu pertandingan yang hebat, di mana ketiga calon mempunyai peluang yang sama rata untuk memenanginya.

Anwar perlu bekerja kuat dan berhati hati dalam kempen kali ini, sedikit kesilapan dalam berkempen akan terus melenyapkan harapan beliau untuk menang di Permatang Pauh, Tiada lagi jalan mudah bagi Anwar dengan kehadiran AKIM di Permatang Pauh dan juga kesedaran pengundi.


KESEDARAN RAKYAT:

Sudah tiba masanya rakyat mengkaji dan menilai kepimpinan Pak Lah dan pembangkang yang ada, mahu PAS , PKR dan DAP.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh dijadikan ukuran dalam pertembungan politik negara,

Diantara eleman-elemen yang harus diambil kira:

· Elemen politik pembangkang dan hala tuju mereka,
· Elemen pembangunan negara dan korupsi dalam pentadbiran kerajaan, dan
· Elemen politik peribadi pemimpin/kepimpinan.

Walau apapun alasan pengundi, adalah penting pengundi mengkaji akan kesan yang akan dan bakal di terima. Pengundi harus peka dengan keadaan dan isu semasa dan kesan kepada rakyat bukan saja di Permatang Pauh tapi Malaysia khususnya.

Hak keistimewaaan Melayu, kedudukan Islam sebagai agama resmi, Perundangan Negara yang juga mengaitkan Majlis Peguam Malayisa dan pentadbiran kerajaan yang dianggap lemah perlu dikaji dan dinilai oleh pengundi Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh juga memberikan kesempatan sekali lagi kepada masyarakat sama ada Melayu, China mahu pun India untuk mengkaji dan menilai kembali perjuangan dan juga pentadbiran pembangkang yang kini memerintah Pulau Pinang. Juga pada mereka yang masih tidak berpuashati dengan kepimpinan Pak Lah keseluruhannya.

Pengundi Permatang Pauh, lebih kurang 58,000 orang, harus menilai sebaiknya calon yang bakal mereka pangkah ( X ). Mereka dianggap penilai bukan saja kepada perjuangan Anwar selepas ini malah memberikan kesan kepada pentadbiran kerajaan sekarang.

Pengundi Permatang Pauh amat bertuah kerana mereka sebagai penentu atau penilai arah tuju politik negara. Ini merupakan satu amanah yang akan ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.


PKR menang: Anwar berjaya meyakinkan rakyat bahawa beliau tak bersalah dengan masalah peribadinya(isu liwat) dan lansung membawa perubahan pada pemerintahan Negara, Malaysian Malaysia.

BN menang: Pak Lah akan mengatakan pimpinan beliau masih di terima rakyat Malaysia dan pimpinannya masih kuat.

AKIM menang: Memberi signal bahawa rakyat Malaysia tidak yakin dengan PR ,Anwar dan BN, Pimpinan Pak Lah. Kerajaan dan pembangkang harus merubah arus politik yang ada sekarang.

Perlu disedari bahawa keputusan di Permatang Pauh, mungkin saja memihak kepada BN , PR atau AKIM. Pengundi kali ini harus bijak menilai 3 elemen yang di sebut diatas dan bukan menjadikan pertaruhan kepada perjuangan politik individu sahaja.

Keputusan dari Permatang Pauh bukan sahaja memberi kesan kepada politik pembangkang tetapi juga memberi kesan kepada kerajaan pimpinan Pak Lah.

Marilah kta bersama pengundi Permatang Pauh membuat penilaian sebaiknya, siapa yang harus di pilih pada 26hb Ogos ini, semoga Malaysia terus maju dan rakyatnya terus harmony dan sejahtera.

Kesedaran pengundi Permatang Pauh amatlah diharapkan oleh semua rakyat yang cintakan Malaysia.


PEDULIKAH ANDA...!!!!

.


Tiada ulasan: