PAS BARU SEDAR MENJADI KUDA TUNGANGAN DALAM PAKATAN RAKYAT.
Saya amat tertarik dengan perkembangan Parti PAS, setelah melihatkan PAS sebagai salah satu jalan penyelesaian dalam konflik Melayu dan Islam di Malaysia.
Namun sebagai masyarakat umun dan biasa, saya merasa hairan kenapa PAS begitu angkuh menolak BN tetapi menerima PR, gabungna PKR dan DAP.
Apakah PAS lupa atau buat tidak tahu akan perjuangan parti DAP sejak dahulu lagi, dimana PAS juga pernah mengatakan DAP itu setan. Akhirnya bersekongkol pula dengan setan.
Pernah satu ketika, PAS juga pernah mengeluarkan kenyataan UMNO itu kafir. Pada pandangan saya ketika itu, kalau UMNO kafir tolonglah Islamkan jika kita ikhlas berjuang di jalan ALLAh. Ketepikan ideologi parti dan perbezaa pendapat demi aqidah Islam. Malangnya apa yang saya lihat, PAS seolah menyimpan dendam terhadap UMNO.
Harakahdaily:Jul 30, 08 : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menegaskan PAS tidak akan sekali-kali menyertai Barisan Nasional (BN) sekalipun muzakarah Umno-PAS sedang dalam peringkat eksplorasi. “Tidak timbul masuk Umno atau masuk Barisan (BN). PAS sudah cukup dewasa dan memiliki pengalaman pahit-getir yang amat berharga. Itu panduan kita,"
Dari kenyataan diatas, menolak UMNO dan menerima Pakan Rakyat justru sekongkol dengan PKR dan DAP adalah keputusan yang sudah dikaji dan selidiki PAS dengan semasak-masaknya.
Begitu bijak pemimpin PAS menilai dan menerima perjuangan parti PKR dan DAP untuk sama berjuang. Malangnya, belum 6 bulan berlalu bersama PR memerintah , PAS baru sedar mereka di sisih dalam banyak perkara terutama dalam membuat keputusan bagi negeri-negeri yang perintah PKR dan DAP. Ditambah lagi PAS tidak mendapat tempat dalam agensi-agnsi Pulau Pinang.
Melihat pada gelagat rakan kongsi kuasa mereka dalam PR, PAS sedar harus mulakan langkah baru. Untuk mengaku silap jauh sekali, sedangkan Perak telah di ikhsankan pada PAS oleh DAP, pemenang mojoriti di perak. Secara resmi PAS menerima penyertaan bukan Islam dalam parti mereka.
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - 'PAS untuk semua' menjadi halatuju perjuangan PAS tahun ini apabila ia dijadikan inti ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahun ini.
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - 'PAS untuk semua' menjadi halatuju perjuangan PAS tahun ini apabila ia dijadikan inti ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahun ini.
Apakah PAS juga “menanguk di air keruh”....semasa menyertai PR..? atau
Apakah PAS salah percaturan lagi…?
PAS yang jelas sebelum ini yakin dengan penampilan dan watak DSAI dalam PR, juga turut mengatakan bahawa isu liwat DSAI adalah isu politik yang dimainkan oleh UMNO.
Kenapa UMNO dituduh sengaja menjaja isu liwat untuk membunuh politik DSAI.?
Apakah PAS yakin peribadi DSAI bersih.?
Untuk tidak menyokong DSAI, penasihat PR, adalah agak pelik apabila menerima kuasa memerintah Perak dari PR.
Untuk menyokong DSAI, malu pula akan diundang, sekiranya DSAI memang terlibat dengan kes liwat terbarunya.
PAS serba tak kena, malu atas keputusan sendiri. Mahu tak mahu terpaksa cari modal untuk “cover line...“
Semua ini, bertambah jelas dengan kenyataan PAS hari ini:
IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Perwakilan daripada Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi menyarankan agar PAS menggunakan pendekatan 'cari kawan dalam musuh dan buang musuh dalam kawan' bagi memantapkan agenda perpaduan parti.
Dari kenyataan di atas, PAS sudah menyiapkan alasan mereka seandainya kesepakatan mereka kali ini turut menemui kegagalan. Namun takut untuk mengaku bersalah atau tersalah langkah tidak sekali, demi menjaga perjuangan politik mereka bukan demi menjaga maruah agama Islam.
Mudah saja ......“BERANI KERNA BENAR, TAKUT KERNA SALAH“
SEBAGAI INGAT MENGINGATI KEPADA PENGUNDI PAS ATAU ISLAM DI PERMATANG PAUH.
BERBALIKLAH KEPADA KRITERIA PEMILIHAN CARA ISLAM DALAM MEMILIH PEMIMPIN. KETEPIKAN PERBEZAAN PENDAPAT DAN IDEOLOGI PARTI DEMI PERPADUAN UMAH MELALUI AQIDAH.
HANYA AQIDAH YANG DAPAT MENGUJUDKAN PERPADUAN DALAM ISLAM.
JELAS DI SINI YANG MEROSAKKAN UMAT ISLAM:
PENCURI:
PENZINA:
PENJUDI :
PEMINUM:
PELIWAT:
PILIHLAH PEMIMPIN YANG JAUH DARI MASLAH DIATAS, KERANA PEMIMPIN YANG BAIK PEKERTINYA AKAN SENTIASA MENJAUHKAN DIRI DARI PERKARA DIATAS WALAU UNTUK DIJADIKAN SYAK WASANGKA BURUK OLEH MASYARAKAT.
PEDULIKAH ANDA….!!!!!
.
1 ulasan:
salam,
Ya PAS sekarang hanya kuda tunggangan DAP. Sebenarnya DAP yang 'pulling the strings'.
Kalau PAS ikhlas, didalam keadaan ak-hak melayu kian dicabar, PAS harus mengambil langkah bergabung atau berkerjasama dengan UMNO.
Melayu harus bergabung. Islam harus bergabung.
PAS tidak dilihat ikhlas dalam perkara ini. Masih berpegang pada ke'egoan plitik mereka. UMNO sudah bersedia tetapi PAS dok main tolak tarik.
Salam
paiz
Catat Ulasan