I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 18 September 2008

Pak Lah Mula tertekan.

Pak Lah mula merasakan bahang bebanan yang bertali arus.





Buat pertamakalinya dalam sejarah negara PM memegang jawatan Menteri Pertahanan. Apakah ini merupakan tanda awal akan pengunduran Pak Lah sebagai PM Malaysia.



Penyerahan jawatan Menteri Kewangan kepada TPM , Najib, juga dianggap satu percaturan dan tekanan terakhir kepada Najib. Di Permatang Pauh kelmarin Najib di beri tekan juga untuk mewakili BN dalam menentang DS Anwar Ibrahim. Walaupun Najib kalah itu sudah memang di ramalkan rakyat dan kesan kekalahn tidaklah menjadi Najib panas buntut.



Walaupun penyerahan jawatan menampakkan langkah awal dalam plan Pak Lah melepaskan jawatan, namum tetap ada harapan yang di sasarkan.



Jawatan yang tidak sepatutnya di lepaskan PM kepada TPM itu di anggap sikap Pak Lah "Lepas Tangan". Menyedari masalah ekonomi dunia yang sedang merudum dan mungkin berlanjutan hingga tahun depan ,menurut pakar ekonomi dunia, Najib di bebankan dengan permasalahan yang sukar untuk di atasi tanpa membuat sebarang exit segera dari permasalah ekonomi dunia. Di tambah lagi dengan bermacam permasalahan yang timbul oleh lakunan lakunan DS Anwar dalam mengoyangkan kestabilan politik negara yang menjuruskan kepada ekonomi negara.



Kegagalan Najib dalam menagani masalah ekonomi negara sudah pasti akan di kritik dan di sumpah rakyat. Ini akan menampakkan kelemahan seorang bakal calon PM Malaysia. Najib sudah pasti akan merasakan "hukuman" dari rakyat jikalau gagal mengendali ekonomi Malaysia.



Dalam masa yang sama, Khairy Jamalludin menantu Pak Lah mencalunkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.



Ini semua nampak jelas seperti langkah-langkah terakhir dalam permainan catur. "Do or Die".



Dengan kemelut dan tekanan yang bertambah, Pak Lah merasakan kemungkinan pemilihan UMNO nanti akan ada kejutan demi kejutan. Jalan keluar harus dibuat seandainya kejutan terjadi.



Kalau Pak Lah kalah, sudah pasti Khairy juga akan menerima nasib yang sama.







PDULIKAH ANDA....!!!





.

2 ulasan:

ketam berkata...

KAlau DS Najib bijak bistari dia akan terus pergi mberjumpa Tun Dr Mahathir atau pun Tun Daim meminta nasihat bagaimana untuk menangani situasi ekonomi sekarang.Orang tua-tua cakap tak rugi bertanyakan jalan sebelum sesat.. Dah nasib DS Najib Pah Lah lepas tangan time ekonomi jadi semakin teruk..

Unknown berkata...

Aku rasa ramai rakyat malaysia masih sangsi if Najib can really lead. I for one got not issue ngan leadership dan penasihat2 dia...cuma masalah utama aku tengok is isteri dia yg memang umum tau amat bernafsu ngan wang dan kuasa. Harap2 najib mau dengar nasihat rakyat jelata ni.

Berkenaan ISA pula, I still believe ISA is still relevant. Kalo aku jadi PM pon, buat apa la aku nak pening2 pala ngan Hindraf ni dah sebagainya. Kita bekerja nak majukan negara, ni ada lak pihak ketiga nak membazir masa org lain pasai depa duk buat demo kat jalan. Cam haram...dah la minyak mahal, tersekat lam jam pasai depa ni.