I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 14 Ogos 2008

PERPECAHAN UMAT ISLAM ( MELAYU ):Part 1



PERPECAHAN UMAT ISLAM( juga Melayu).



Antara perkara yang paling membimbangkan sedang melanda umat Islam(juga Melayu) ketika ini adalah perpecahan yang disebabkan oleh kepelbagaian pemikiran dan juga aliran politik.


Sejarah Islam tidak pernah menolak akan hakikat perbedaan pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan pendapat tidak pernah melewati aqidah Islam.


Perpecahan umat Islam, merupakan bukti kebenaran sabda Rasulullah Salalahualaihi Wasallam 14 abad yang lalu : Sesungguhnya Bani Israel telah berpecah belah menjadi 72 golongan, dan ummatku akan berpecah menjadi 73 golongan, mereka semua di neraka kecuali satu golongan.




Disini Bani Israel merujuk kepada 12 anak nabi Yakub(digelar Israel) a.s. dari isteri pertama Nabi Ibrahim a.s. bernama Sarah(dari bani Israel). Yang kemudian di panggil Yahudi.


Dan dari isteri kedua nabi Ibrahim a.s. bernama Hajar(dari bangsa mesir) lahirlah keturunan Nabi Ismail a.s. hingga ke Nabi Muhammad saw.




Masing-masing kelompok dan perkumpulan mengklaim diri sebagai golongan yang selamat. Bahkan juga, ada yang kafir mengkafirkan umat Islam lain yang tidak masuk jamaah mereka.


Keadaan bertambah parah karena di saat yang sama, banyak pihak yang ingin memperbaiki umat Islam ini.
Di antara mereka:



  1. Ada yang menempuh jalur politik untuk meraih kekuasaan, banyak pula perkumpulan politik.

  2. Ada yang menggunakan cara hizbiyyah yang melakukan gerakan bawah tanah dan latihan ala tentera untuk menghadapi pihak berkuasa.

  3. Ada yang perjuangkan slogan persatuan umat Islam dengan mengabaikan kerusakan aqidah, ibadah, dan akhlaq pengikutnya, yang penting di bawah satu nama, Islam.

  4. Ada dengan puak rasionalis-modernis yang mengagungkan akal kelewat batas sehingga membelakangi syariat.

  5. Ada pula yang radikal, terlalu tinggi semangatnya tapi kosong akan ilmu .

Jika dihalusi secara objektifnya, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan umat Islam, amat terkait dengan sikap taksub dan fanatik terhadap satu pendapat lalu cuba memonopoli pendapatnya agar semua mengikutinya tanpa menghormati pandangan orang lain. Bak kata, “kita saja betul orang lain salah”.


Para imam mahzab umpamanya, turut berselisih pendapat dalam berbagai persoalan semasa namun mereka tidak pernah mendabik dada bahawa mereka benar yang lain salah. Sebaliknya berpendirian bahawa “ Pendapat mereka betul tetapi berkemungkinan salah, Pendapat orang lain salah tapi berkemungkinan betul”


Sebab itulah jika disingkap tabir sejarah, kita akan dapati bagaimana para sahabat turut berselisih dalam banyak perkara namun tidak pernah melunturkan iman apa lagi melemahkan mereka walau sedikitpun.


Ini kerana bagi mereka, perselisihan faham akan membuka pintu ketelusan, kebenaran dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan keperluan yang berbeza


Pelbagai bukti sejarah mengenai perbezaan dan perselisihan pendapat yang berlaku di kalangan sahabat seperti persoalan politik, pemilihan Khalifah, isu memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat dan pelbagai perselisihan dalam masalah fiqah yang kesemuanya ditangani tanpa mengikut hawa nafsu dan emosi membabi buta..


Begitulah tingginya adab dan etika perbezaan pendapat yang didukungi para sahabat Nabi yang kemudiannya diwariskan kepada generasi selepasnya, sehinggalah umat dihinggapi “Penyakit Baru” yang begitu cepat membarah, lantas meranapkan akal budi dan peribadi umat Islam iaitu “Perpecahan Umat Islam”.


Perpecahan umat Islam melanda hampir dimana sahaja di seluruh pelusuk dunia, baik pendudukya yang majority Islam atau pun penduduknya minority Islam. Gara-gara penyakit ini, kita dapat menyaksikan suasana umat Islam yang amat menyayat hati dan merobek emosi.


Di negara penduduknya majority umat Islam, mereka diperbodohkan, diperkotak-katikkan dan di negara minoriti umat Islam, mereka difitnah, dizalimi, disiksa dan dibunuh sewenang-wenangnya.



Apakah benar kenyataan bukan Islam, bahawa umat Islam itu bodoh, terorist, kejam, zalim, miskin, malas dan mundur.



Mari kita berfikir sejenak akan dakwaan mereka. Apa yang mampu kita luahkan adalah umat Islam pernah berada dipuncak kegemilangan. Umat Islam menerokai dunai perubatan, fizik, astronomi, sastera, perundangan dan banyak lagi.Umat Islam pernah di hormati dan di sanjungi peradabannya. Kini, semuanya hanya tinggal sejarah dan tidak ada apa yang boleh di banggakan lagi.


Ternyata umat Islam telah mempersiakan apa yang pernah di milikinya dahulu. Ternyata kini umat Islam masih lupa diri dengan mementingkan kemajuan material. Kekuatan ekonomi dunia Islam arab dan kekuatan umat Islam dunia berjumlah 1.6 billon disia-siakan begitu sahaja



Dimanakah silapnya berlaku perpecahan justru keruntuhan umat Islam?



PARA PEMIMPIN.

Memang pertanggungjawaban terbesar atas kesalahan-kesalahan yang telah menjerumuskan kita, terletak di bahu para pemimpin kita.
Tetapi yang jelas juga bahawa para pemimpin itu pada umumnya sama saja dengan rakyatnya, kerana mereka merupakan lambang keadaan masyarakatnya.

PARA ULAMA

Ramai pemegang amanah rasul Allah, ulama, yang tidak menunaikan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan agama Allah dan ada pula di antara mereka yang “sekapal“ dengan pemerintah dan menjadikan ilmu (agama) sebagai hamba politik dan menjadikan dirinya seperti mesin pengeluar ‘fatwa’ , sesuai pesanan orang atasannya.

Sebenarnya ulama dewasa ini bukan lagi sebagai pemain tunggal seperti halnya pada zaman dahulu, contoh: Dr HAMKA. Kerana pemilik media cetak, elektronik dan pusat-pusat penerangan nampaknya lebih kuat pengaruhnya dalam masyarakat, daripada ulama yang berpidato dari atas mimbar.




MASYARAKAT

Tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang merubahnya. Umat Islam kini terkenal dengan kaum yang banyak bercakap dan bercerita, tanpa bertindak apa-apa. Sayang pada kehidupan yang ada, takut akan perubahan.


Saya masih ingat, pada suatu hari seorang pendengar menegur gurunya selesai memberikan ceramahnya, katanya: “Saya telah mendengar dan mengikuti ceramah yang guru berikan selama tiga puluh tahun, lalu apa yang telah guru lakukan?” Jawapan guru itu membuat muridnya terdiam, katanya, “Kalau telah tiga puluh tahun mendengarkan ceramahku, lalu sudah sejauh mana kamu melakukannya?”

PERGERAKAN ISLAM

Pergerakan Islam tidak berhasil merealisasikan perlaksanaan hukum syariat dan menghidupkannya dalam peribadi umat untuk mengembalikan kegemilangan dalam memimpin masyarakat dan melaksanakannya dalam berbagai lapangan hidup, baik di segi aqidah, ibadah, akhlak, muammalat (jual-beli), dalam fikiran, perasaan, undang-undang, pengarahan masyarakat, sebagaiamana harapan umat dan sebagaimana yang selalu dilaung-laungkan oleh para pimpinannya.

INDIVIDU

Keluhan pertama yang sangat dirasakan oleh para pakar dalam pergerakan Islam, bahawa usaha menghisab diri(muhasabah diri) adalah sangat lemah, atau boleh dikatakan pada umumnya tidak ada. Ulama zaman dahulu pernah berkata: “Orang mukmin sangat keras memperhitungkan dirinya, lebih dari seorang pemimpin yang diktator dan dari seorang sekutu yang kedekut.”

MUSUH ISLAM MENYERANG AKIDAH DAN SYARIAT ISLAM.

MEMURTADKAN kaum Muslim memang tidak mudah. Akan tetapi, yang menjadi target musuh Islam ialah: menghancurkan Islam dengan tikaman dari dalam, menimbulkan keraguan terhadap Islam dan hukum-hukumnya, memalingkan umat Islam dari jalan Allah, dan menjauhkan kaum Muslim dari Islam. Oleh karena itu, pengembangan teologi inklusif-pluralisme sebenarnya merupakan upaya penghancuran akidah Islam.

Timbulnya konsep baru dalam kefahaman Islam seperti Islam Liberal (JIL) merupakan satu tipu helah dalam memesongkan aqidah umat Islam sejagat sejajar dengan perkembangan dunia morden. Ianya dicetuskan oleh Leornard Binder, diantara sarjana Barat keturunan Yahudi

Munculnya ulama dan pemimpin Islam yang memesongkan pemikiran dan aqidah umat Islam dari kalangan agen Amerika @ Yahudi-zionist. Dari buku The CIA at War, yang menceritakan program membeli ulama dan pemimpin Islam dalam menghadapi sentimen-sentimen anti Amerika di dunia Islam dan Arab. Dalam wawancara pengarang buku tersebut dengan George Tenet (Direktor CIA), ditegaskan bahwa Amerika menemukan ruang untuk melawan gelombang anti Amerika dengan cara menyuap para ulama atau menciptakan ulama palsu dan merekrut tokoh-tokoh agama dan politik Islam sebagai agen.

Industri musik, filem dan internet digunakan unutk menyuci minda umat Islam dalam memesongkan umat dari jalan Allah. Seperti yang diketahui semua industri-industri ini di kuasai oleh orang Yahudi-zionist musuh Islam sejagat.

Pengaruh musuh Islam ini dalam pemikiran umat Islam amatlah serius sekali dan merupakan penyebab utama dalam perpecahan umat Islam kini.

KESIMPULAN:

Melihat akan kerosakan umat Islam kini begitu tersebar dan menyeluruh dan tanggungjawabnya harus dipikul bersama, meskipun masing-masing berbeza-beza pendapat, bangsa dan suku kaum.


Perpecahan dan kehancuran umat Islam sebenarnya, berputik dalam batin kita sendiri, dalam diri umat Islam masing-masing, kerana kita terlalu mencintai diri mengatasi Allah.


Kita melihat kesilapan pada orang lain tetapi tidak melihatnya pada diri kita sendiri.Ya, kerosakan itu terdapat pada diri kita semua. Kaum muslimin dituntutnya untuk bekerja, sedang diri sendiri tidak, kaum muslimin diperintahkan berjihad, diri sendiri duduk diam, kaum muslimin disuruh menyumbang, sedang dirinya sangat kedekut dan kaum muslimin dituntut untuk berkorban, sedang diri sendiri hanya memerhatikannya.


Penyakitnya ada dalam diri kita semua, kerana semuanya beriman kepada Allah dan sekaligus tidak patuh kepada perintahNya. Kita mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi enggan mengikuti ajarannya. Ingin masuk ke syurga, tetapi tidak menempuh jalan-jalannya dan takut pada api neraka, namun senang menempuh jalan yang dapat menghantarkan ke neraka. Senang mengakui dirinya sebagai orang Islam, tetapi enggan bekerja untuk membela agamanya dan umat seagamanya.


Justeru, dalam usaha untuk mengembalikan sinar kegemilangan Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.


Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri, berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mungkin inilah jalan keluar dari belitan konflik kefanatikan pemikiran yang melanda umat Islam kini.



Dalam ertikata lain umat Islam perlu bersatu padu melalui aqidah. Ulama-ulama Islam sebagai pemegang amanah para rasul harus bersatu untuk memimpin dan membangun program perpaduan ummah peringkat dunia dalam menghadapi musuh-musuh Islam.


Umat Islam harus kembali kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Perpaduan ummah dapat dipupuk oleh semua bangsa dan suku kaum dalam satu aqidah.
Dan ini merupakan jambatan emas bagi menuju ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang dimimpikan oleh setiap manusia dan dapat mengelakkan perpecahan dari anasir luar.


Pembangunan ummah ini bermula daripada pembangunan pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan individu, keluarga, kejiranan, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan, sains, teknologi, seni bina dan sebagainya.



Perpaduan umah juga dapat menggerunkan musuh Islam. Ia juga merupakan lambang kesempurnaan iman. Misi perpaduan yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk setiap umat Islam hingga hari kiamat nanti.



Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. Dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). (Surah al-Hujarat: ayat 13).



Oleh itu salah satu daripada matlamat utama pengutusan para Rasul ialah untuk menghapuskan perpecahan dan mengabadikan perpaduan di kalangan manusia.

Itulah cabaran utama yang dihadapi oleh para Rasul iaitu penyakit perpecahan dan pertumpahan darah yang berpunca daripada kesesatan akidah.


Misi utama dakwah yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. juga adalah untuk perpaduan. Kejayaan Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar merupakan satu peristiwa yang paling bersejarah dalam perkembangan Tamadun Islam.



===================================



PEDULIKAN ANDA…..!!!!




Komentar dari bloger amat di alukan dalam hal ini.....!!!



2 ulasan:

Heical berkata...

Antimamak sebenarnya penyokong Anuar.

TheTruth berkata...

Hi Mr. Moderator

I may not understand the whole thing that you've written here but I do recognize the stories about Illuminati.

I would like to salute you for coming out with this conspiracy theories and I hope it would be for the sake of the world peace.

Thanks